Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2023-12-05T152413.968

Pemesejan “Cross-App” Instagram dan Facebook Akan Tamat Bulan Ini

Diterbitkan Disember 5, 2023 oleh Muhd Idham

Baru-baru ini, syarikat Meta dilaporkan telah memulakan proses untuk menamatkan aktiviti pemesejan rentas platform (cross-app) di antara aplikasi Instagram dan Facebook.

Sebagai imbas kembali aktiviti Meta pada tahun 2020, mereka bersepakat untuk mewujudkan pemesejan rentas platform antara Facebook dan Instagram. Hal ini dilakukan atas sebab bagi mewujudkan pengalaman perbualan mesej yang menarik antara dua aplikasi.

Namun begitu, Meta berhasrat untuk menamatkan aktiviti pemesejan antara dua aplikasi tersebut pada pertengahan bulan Disember 2023.

Antara perubahan dapat disimpulkan dari penamatan rentas platform ini adalah seperti berikut:-

  • Pengguna tidak boleh memulakan perbualan atau menghubungi pengguna lain di Instagram dengan menggunakan akaun Facebook.
  • Sebarang perbualan anda dengan pengguna Instagram menerusi akaun Facebook akan berubah status menjadi “read-only“.
  • Pengguna akaun Facebook tidak boleh melihat status aktiviti sesuatu perbualan itu jika ia melibatkan mesej antara pengguna Instagram.
  • Sebarang perbualan anda di Instagram bersama pengguna Facebook yang lain tidak akan disimpan di peti simpan anda di Facebook.

Sehubungan dengan perubahan ini, pihak Meta masih tidak memberikan kata putus mengenai sebab mereka berbuat demikian. Pihak media beranggapan ia mungkin berkait dengan Akta Pasaran Digital Eropah (DMA) dan pihak Meta mengambil langkah awal untuk tidak berbalah mengenai isu rentas platform ini di hadapan hakim.

Berkaitan

  • WhatsApp Kelak Akan Ada Ciri Seumpama Telegram
  • Treler Pertama GTA 6 Kini Tersedia Lebih Awal
  • Diskaun Sehingga 50% Untuk Saman Trafik Minggu Ini
  • Ramai Mengadu Tak Boleh Guna Kredit eMADANI Di MAE, Ini Mungkin Penyelesaian

Sumber: 9to5Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY