Aplikasi pencari sambungan WiFi Finder telah dimuat turun oleh beribu pengguna peranti pintar.
Seorang penyelidik keselamatan siber bernama Sanyam Jain telah mendedahkan sebuah aplikasi popular Android yang berfungsi sebagai pencari sambungan WiFi telah mendedahkan lebih daripada 2 juta kata laluan rangkaian.
Beliau yang juga merupakan ahli GDI Foundation telah melaporkan penemuan ini kepada laman TechCrunch.
Menurut beliau, aplikasi yang dikenali sebagai WiFi Finder ini membenarkan pengguna untuk memuat naik kata laluan rangkaian yang bersambungan dari peranti mereka kepada pangkalan data untuk orang lain menggunakannya.
Walaubagaimanapun, pangkalan data yang menyimpan lebih daripada dua juta rangkaian itu telah terdedah dan tidak dilindungi.
Sekaligus membolehkan sesiapa sahaja mengakses dan memuat turun kandungan yang ada di dalamnya.
Berikutan itu, pihak TechCrunch dalam tempoh 2 minggu telah pun cuba menghubungi pembangun aplikasi tersebut yang dipercayai berpangkalan di China. Malangnya tiada sebarang respon.
Akhirnya mereka terpaksa menghubungi pelayan aplikasi itu iaitu DigitalOcean bagi memaklumkan isu ini dan pihak pelayan telah dengan segera menurunkan pangkalan datanya.
Jadi, sekiranya anda ada memiliki dan menggunakan aplikasi WiFi Finder ini, bolehlah segera membuangnya dari peranti pintar anda.
Berkaitan
- Kelajuan Internet Mudah Alih Di Malaysia Atasi Vietnam, Thailand Dan Jepun
- Aplikasi Pelayar Microsoft Edge Kini 13% Lebih Pantas
- Jumlah Trafik Internet Di Malaysia Mencatatkan Lebih Daripada 1 Tbps
- Muat Turun Dan Pasang Aplikasi Android Lebih Pantas Dan Selamat Dengan Google Play Store v32.3
- Buang Segera 19 Aplikasi Android Ini Dari Peranti, Joker Bersembunyi Di Dalam
- China Lancar Servis Internet Terpantas Di Dunia Selaju 1,200gb/s
- Kenapa Anda Perlu 'Check-out' Selepas 'Check-in' Dalam Aplikasi MySejahtera?
- WhatsApp Menjadi Aplikasi Bukan Dari Google Kedua Melepasi Angka 5 Bilion Dipasang Ke Dalam Peranti Pintar
- Pelanggan Astro Nikmati Harga Menarik Akses Untuk 5 Aplikasi Penstriman Ini
- AI Dibangunkan Apple Dilaporkan Boleh Berfungsi Tanpa Perlu Sambungan Internet