Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Semak Status Halal Lebih Mudah Dengan Imbas Kod QR Pada Aplikasi SmartHalal

Aplikasi Pintar Halal Dari Jakim Perlu Ditambah Baik

Diterbitkan April 14, 2022 · Dikemas kini April 14, 2022 oleh ariff bukhari

Sebagai umat Islam adalah menjadi tanggungjawab untuk kita menjamah makanan yang halal, bersih dan suci.

Walaubagaimanapun, makanan yang datang dari pelbagai sumber kini menjadikan sukar untuk kita menentukan sama ada sesuatu makan itu halal dimakan oleh kita.

Oleh kerana itulah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah melancarkan aplikasi pintar dikenali sebagai SmartHalal.
Aplikasi yang telah dilancarkan pada 29 Januari 2021 lalu dibangunkan berdasarkan Sistem Pensijilan Halal Malaysia (MYeHALAL) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (MCMC), JAKIM dan Jabatan Agama Negeri (JAIN).
smarthalal jakim
Contoh paparan status halal sesuatu produk ayng dipaparkan dalam aplikasi SmartHalal.
SmartHalal adalah aplikasi yang bertujuan membantu pengguna menyemak status sesebuah produk makanan & minuman sama ada telah menerima Persijilan Halal Malaysia.
Tetapi tidak terhad setakat itu sahaja ia turut meliputi semakan ke atas premis makanan, rumah sembelih, bahan habis pakai, kosmetik & produk farmaseutikal dan perkhidmatan logistik yang disahkan halal oleh Persijilan Halal Malaysia.
Cuma terdapat beberapa isu yang perlu ditambah baik pada aplikasi ini. Antaranya adalah isu pada ciri imbasan kod QR di mana ia tidak berfungsi sepertimana yang diharapkan.
Apabila kod QR atau kod bar diimbas, ia tidak memaparkan status halal makanan itu. Sebaliknya hanya memaparkan status seperti rajah di bawah.
smart halalSebaliknya pengguna diminta membuat carian secara manual menerusi menu Carian.
Sepatutnya, sistem QR Code pada aplikasi SmartHalal merupakan sebahagian daripada usaha penambahbaikan Prosedur Operasi Standard dalam pensijilan halal Malaysia sepertimana yang dinyatakan oleh pihak JAKIM.
Malangnya kegagalan ciri tersebut menjadi kelemahan paling ketara sekaligus tidak mencapai tujuan utama aplikasi ini dibangunkan yang sepatutnya menjadi ciri utamanya.
aplikasi smarthalal
Produk terpaksa dibuat secara manual menerusi menu Carian.
Semakan terhadap aplikasi imni didapati kali terakhir ia dikemas kini adalah pada  16 Jun 2021 dahulu. Bermakna sudah hampir setahun aplikasi ini tidak terioma sebarang kemas kini.
Semoga pihak JAKIM ambil maklum akan kelemahan ini dan mengemas kini aplikasi SmartHalal untuk kebaikan pengguna.
SMART HALAL IKON
Dicadangkan juga rekaan ikon aplikasi Smart Quran dan SmarHalal dibezakan dengan lebih ketara. Mungkin cukup dengan mengubah warnanya sahaja.
Aplikasi SmartHalal boleh dimuat turun di Google Play Store dan juga App Store.

Baca juga:

  • Sebab Sekat Perkhidmatan Di Rusia, Netflix Diminta Bayar Pampasan Jutaan Ringgit
  • Pengguna Mungkin Kecewa Dengan Xiaomi, Pasarannya Mula Menurun Di Malaysia
  • Ribut Solar Tahap G2 Diramal Hentam Bumi Hari Ini, Perkhidmatan Internet Mungkin Terganggu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY