Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Observatori Negara Langkawi Kesan 5 Tompok Matahari Besar

Ribut Solar Tahap G2 Diramal Hentam Bumi Hari Ini, Perkhidmatan Internet Mungkin Terganggu

Diterbitkan April 13, 2022 · Dikemas kini April 13, 2022 oleh Firdaus

Aktiviti Matahari kita pada minggu ini semakin aktif di mana ia telah menghasilkan satu letupan sekali lagi. Oleh itu, Matahari telah mengeluarkan CME (Pelepasan Jirim Korona) dengan jumlah yang besar dan ia sedang menuju ke arah planet kita.

Letupan tersebut berlaku sekitar 2 hari lepas dan NASA dan NOAA telah mengesan dan meramalkan bahawa kita akan merasa impaknya pada khamis 14 April ini.

Tambahan lagi, NASA dan NOAA meramalkan ribut solar kali ini bersaiz besar dek kerana ia bergerak dalam arus angin solar yang sangat pantas.

Di samping itu, mengikut simulasi model komputer dari India, kelajuan ribut solar yang bakal menghentam Bumi esok adalah antara 429-575 km/s. Justeru, ribut geomagnetik yang bakal berlaku nanti dijangkakan pada peringkat G2.

Ribut suria matahari

Peringkat G2 bermaksud ribut tersebut berlaku 80 peratus di latitud tinggi dan baki 20 peratus di latitud pertengahan. Ribut peringkat G2 adalah kuat tetapi kebarangkalian berlakunya radio blackout secara penuh adalah minimum.

Sekiranya anda masih musykil akan apa itu ribut solar, anda boleh rujuk artikel ini untuk mengetahuinya lebih lanjut.

Sumber: scitechdaily, HT Tech

Baca juga:

  • Kenali Apa Itu Ribut Suria, Fenomena Alam Yang Ramai Tak Tahu
  • Pelajar Ini Berjaya Cipta Panel Solar ‘Tanpa Perlu Guna’ Sinaran Matahari
  • 40 Satelit Starlink Terpaksa Dimusnahkan Akibat Terkesan Dengan Insiden Ribut Solar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY