Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pasaran xiaomi menurun

Pengguna Mungkin Kecewa Dengan Xiaomi, Pasarannya Mula Menurun Di Malaysia

Diterbitkan April 13, 2022 · Dikemas kini April 27, 2022 oleh Faiz Munir

Hujung bulan lepas, Xiaomi ada mengumumkan statistik perolehan mereka sepanjang tahun 2021. Berdasarkan daripada statistik tersebut, jualan telefon pintar Xiaomi telah meningkat sebanyak 30% iaitu sebanyak 190juta unit sekali gus mencipta rekod dalam syarikat tersebut.

Menurut data Statcounter, pasaran Apple masih menjadi paling tinggi di Malaysia suku pertama tahun 2022. Kemudiannya diikuti dengan Samsung, HUAWEI, OPPO, Xiaomi dan vivo.

WhatsApp Image 2022-04-13 at 1.10.11 PM

Jika hendak dibandingkan dengan tahun lalu, Xiaomi telah menduduki tempat pertama dan dinobatkan sebagai telefon pintar no.1 di Malaysia. Walau bagaimanapun, Xiaomi dilihat tidak dapat mengekalkan kedudukannya pada tahun ini.

Hal ini mungkin disebabkan dengan masalah pengalaman guna pada peranti Xiaomi itu sendiri. Seperti yang kita tahu, antara muka MIUI 12.5 mempunyai banyak pepijat tetapi masalah ini telah mula diperbaiki dalam kemas kini terbaru MIUI 13.

Namun begitu, data daripada statcounter ini berkemungkinan tidak tepat kerana kebiasaannya kita akan mengambil data daripada canalys. Walau bagaimanapun, Xiaomi masih lagi berada dalam tiga pengeluar telefon pintar terbesar di dunia.

Pengguna Mungkin Kecewa Dengan Xiaomi, Pasarannya Mula Menurun Di Malaysia

Jika diikutkan pengguna masih lagi memilih peranti Xiaomi disebabkan nisbah nilai dengan barang lebih berbaloi.

Sumber: Statcounter, canalys

Baca juga:

  • Xiaomi Terus Kuasai Pasaran, Untung Naik Pada Tahun 2021
  • Walaupun Pasaran Kriptowang Jatuh, ‘Luno’ Berjaya Capai US$2 Trilion
  • Penyejukan Cecair Atau Udara? Mana Lebih Baik Dan Sesuai Untuk PC Anda

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY