Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi MyUnifi, Portal Unifi Selfcare Tidak Dapat Diakses Sementara Dari 22 Hingga 25 Mei

Aplikasi MyUnifi, Portal Unifi Selfcare Tidak Dapat Diakses Sementara Dari 22 Hingga 25 Mei

Diterbitkan Mei 21, 2026 oleh Amalina Athman

Telekom Malaysia (TM) kini memaklumkan aplikasi MyUnifi dan portal Unifi Selfcare tidak dapat diakses buat sementara waktu bermula 22 hingga 25 Mei 2026, bagi memberi laluan kepada aktiviti naik taraf sistem.

Sepanjang tempoh tersebut, semua akaun serta perkhidmatan Internet Unifi akan kekal aktif seperti biasa. Pembayaran bil juga masih boleh dilakukan menerusi JomPAY. Namun begitu, status pembayaran hanya akan dikemas kini selepas sistem kembali beroperasi sepenuhnya.

FAQ-Great-Migration-NOVA-to-TaaS-For-Customers (1)-1
Perkhidmatan yang terjejas sepanjang tempoh tersebut.

Bagi memastikan perkhidmatan berjalan lancar dan mengelakkan sebarang masalah sepanjang tempoh gangguan, pengguna disarankan menyelesaikan urusan penting sebelum 22 Mei 2026. Antaranya termasuk membayar bil tertunggak dan memuat turun penyata bil terdahulu untuk simpanan.

Pengguna yang akan ke luar negara turut dinasihatkan supaya mengaktifkan fungsi Scheduled Roaming atau International Roaming lebih awal menerusi aplikasi MyUnifi, Unifi UniVerse atau portal Unifi Selfcare sebelum tempoh gangguan bermula.

Untuk maklumat lanjut, layari halaman FAQ Unifi.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • RTM, Unifi TV Penyiar Rasmi Piala Dunia FIFA 2026
  • RTM, Unifi TV Akan Tayang Kesemua 104 Perlawanan Piala Dunia FIFA 2026

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY