Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
aplikasi MyJPJ FPX_2

Aplikasi MyJPJ Sokong Pembayaran Melalui FPX Mulai Jun

Diterbitkan Mei 14, 2024 ยท Dikemas kini Mei 14, 2024 oleh Amalina Athman

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan sokongan pembayaran internet terus ke bank atau FPX bagi memudahkan urusan memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) bermula 1 Jun 2024.

Berkaitan

  • Cara 'Renew' Lesen Memandu Di Aplikasi MyJPJ
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Ketika ini, pembayaran bagi urusan pembaharuan LKM dan LMM melalui aplikasi MyJPJ hanya boleh dilakukan dengan menggunakan kad kredit dan debit.

Dengan inisiatif baharu itu, pengguna kelak boleh menggunakan akaun simpanan atau semasa untuk membuat pembayaran melalui FPX.

Di sisi yang lain, JPJ turut melancarkan Nombor Pendaftaran Istimewa Siri FFF sempena Sambutan Ulang Tahun Hari JPJ ke-78. Ia sudah pun dibuka bermula 11 Mei secara bidaan melalui sistem JPJeBid dan akan ditutup pada 15 Mei 2024, jam 10.00 malam.

Berbalik kepada konteks, pengguna yang ingin mengetahui cara memperbaharui lesen melalui aplikasi MyJPJ boleh melayari pautan INI.

Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Lantik TM Bangunkan Projek Kabel Dasar Laut MADANI Bernilai RM2.7 Bilion
  • EV Kini Bantu Jimatkan 1.2 Juta Tong Minyak Global Sehari - Laporan
  • Apple Pay Kini Sokong Kad Public Bank
  • Cat 'Serap' Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global
  • HONOR Magic9 Pro Max Kini Boleh Ditempah Di Malaysia, Hadiah Bernilai RM5,006 Untuk Pembeli Awal
  • ChatGPT Kini Gantung Akses 24 Jam Jika Cuba Cari CSAM
  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Meningkatkan Jualan iPhone
  • GrabPay Bakal Tambah Sokongan DuitNow Transfer
©2026 WISER.MY