Aplikasi Keselamatan Baru Google Akan Bantu Anda Mencari Rakan-rakan Dan Keluarga Dalam Keadaan Kecemasan

Jika berlaku kejadian yang tidak diingini, pertama sekali yang anda akan lakukan adalah menghubungi orang yang paling rapat dalam hidup anda. Tetapi jika berlaku bencana alam, kemalangan atau situasi kecemasan yang lain menjadikan cara berhubung mungkin terbatas atas sebab-sebab tertentu.

Aplikasi terbaru dari Google, dikenali sebagai Trusted Contacts mungkin dapat mengatasi masalah itu. Aplikasi tersebut membolehkan ahli keluarga serta rakan-rakan anda berkongsi lokasi mereka dari jauh dengan satu sentuhan.

Apabila anda mendaftar masuk aplikasi berkenaan, anda akan menetapkan orang-orang tertentu dalam senarai "kenalan yang dipercayai". Dengan itu, anda boleh berkongsi lokasi semasa pada bila-bila masa dan kenalan anda boleh meminta lokasi terkini anda.

Tidak seperti Apple Find My Friends dan beberapa aplikasi berkaitan yang lain, Trusted Contacts tidak mengongsikan lokasi anda secara default, sebaliknya senarai kenalan anda boleh melihat maklumat umum mengenai dimana anda berada, seperti contoh sama ada anda sedang dalam talian (online) dan juga pergerakan anda dikawasan sekitar.

Anda diberi pilihan untuk menyiarkan lokasi anda kepada satu atau semua senarai kenalan yang anda ada. Selepas perkongsian dibuat, kenalan anda akan dapat melihat lokasi masa sebenar anda sehinggalah anda menamatkan perkongsian lokasi tersebut. Menurut pengurus produk, David Tattersall, idea utama aplikasi ini adalah keupaayan untuk pengguna berkongsi lokasi mereka dengan orang yang tersayang dalam tempoh masa yang singkat.

Aplikasi ini turut berfungsi secara luar talian (offline). Jadi jika telefon anda kehabisan kuasa, atau terputus dengan perkhidmatan, aplikasi masih boleh mengenal pasti lokasi terakhir yang anda lawati.

Selain dari itu, jika kenalan mahu memeriksa lokasi anda, mereka boleh berbuat demikian dengan menekan pilihan "Ask for XXXX location". Aplikasi akan memberi notifikasi kepada anda dan anda mempunyai pilihan sama ada mahu menerima atau menolak permintaan itu. Jika anda tidak memberi sebarang respon terhadap permintaan itu, aplikasi secara automatik akan mengongsikan lokasi terbaru anda kepada kenalan yang meminta. Ia mungkin mengganggu privasi tetapi Google menyatakan ia fungsi yang perlu ada kerana anda mungkin terlibat dengan kemalangan/bencana alam dan tidak sedarkan diri.

Buat masa sekarang, Trusted Contact hanya boleh didapati untuk platform Android. Google menyatakan yang mereka sedang giat membangunkan aplikasi tersebut untuk platform iOS.

15368709_10205958733805981_1504840240_o

15369765_10205958734205991_1981349983_o

15388820_10205958734325994_681995911_o