Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2023-12-05T122718.852

Aplikasi Google Android Akan Lancar “Sport Widget”

Diterbitkan Disember 5, 2023 oleh Muhd Idham

Selepas pengumuman Finance Watchlist sebagai widget Google terbaru di aplikasi Google Android beta pada bulan Julai 2023 yang lepas, syarikat itu kini sedia untuk menambah satu lagi widget yang dinamakan sebagai widget “Sports“.

Screenshot 2023-12-05 112405
Widget Google Finance Watchlist

Untuk pengetahuan anda, peranan widget Finance Watchlist adalah sebagai paparan terus bagi pengguna yang mengikuti perkembangan nilai saham, indeks dan kripto yang pada asalnya hanya boleh diakses di carian Google.

Berbalik kepada topik utama, widget “Sports” ini adalah salah satu ciri yang dibina khas untuk peminat-peminat sukan antarabangsa. Hal ini kerana ciri ini secara ringkasnya hanya memaparkan jadual perlawanan yang akan datang berserta keputusan terkini dan keputusan akhir sesuatu perlawanan itu berdasarkan pasukan dan sukan pilihan anda seperti gambar di bawah.

Screenshot 2023-12-05 112020

Sehubungan dengan itu, anda akan dilengkapi dengan butang segar semula di penjuru kanan widget bagi memaparkan keputusan terkini sesuatu perlawanan yang sedang berlansung. Dikuti bersama di bawahnya adalah paparan “Your Games” dan “Trending Games“.

Screenshot 2023-12-05 112104

Namun begitu, ciri widget ini hanya boleh diakses oleh pengguna aplikasi Google Android beta yang telah mengemas kini ke versi 14.49.38.29.

{suggest}

Sumber: 9to5Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY