Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi i-Tegur Mudahkan Anda Buat Aduan Kepada Pihak Berkuasa Tempatan

Aplikasi i-Tegur Mudahkan Anda Buat Aduan Kepada Pihak Berkuasa Tempatan

Diterbitkan Februari 17, 2019 ยท Dikemas kini Februari 19, 2019 oleh Helmi Samsuri

Kawasan anda mempunyai jalan rosak? Lampu isyarat tidak berfungsi? Adukan ia melalui aplikasi i-Tegur.

Dilancarkan pada Disember tahun lalu, i-Tegur merupakan inisiatif dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), PLANMalaysia (JPBD) serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Aplikasi i-Tegur Mudahkan Anda Buat Aduan Kepada Pihak Berkuasa Tempatan

Pada awalnya menggunakan nama iKepoh, ia kemudiannya dijenamakan semula kepada i-Tegur. Aplikasi ini merupakan medium mudah alih yang mampu memudahkan pengguna dalam membuat aduan masalah yang dihadapi kepada PBT yang bertanggungjawab mengendalikan kawasan tersebut.

Kategori aduan yang boleh dilaporkan adalah seperti dibawah:

Aplikasi i-Tegur Mudahkan Anda Buat Aduan Kepada Pihak Berkuasa Tempatan

Pengguna hanya diberikan satu peluang untuk membuat aduan. Untuk aduan yang seterusnya, pengguna harus menyemak e-mel dan mengaktifkan akaun i-Tegur.

Aplikasi i-Tegur Mudahkan Anda Buat Aduan Kepada Pihak Berkuasa Tempatan

Sebarang aduan kerosakan atau kegagalan kemudahan dibuat dengan cara…

  • memilih kategori,
  • ambil gambar,
  • taip nota aduan,
  • tetapkan lokasi yang bermasalah dan seterusnya
  • tekan butang hantar.

Anda juga boleh melihat adua lain disekitar kawasan anda dengan ciri Aduan Berhampiran.

Aplikasi i-Tegur Mudahkan Anda Buat Aduan Kepada Pihak Berkuasa Tempatan

Inisiatif untuk memudahkan pengguna membuat aduan kepada pihak PBT secara mudah alih adalah sangat baik, akan tetapi tambah baik perlu dibuat seperti ciri tambah gambar dari galeri foto, bukan hanya dari kamera sahaja.

Aplikasi ini ditawarkan untuk kedua-dua platform telefon pintar, Android dan iOS.

Muat turun dari Google PlayStore atau AppStore

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY