Aplikasi Google Trip Boleh Menjadi Peneman Perjalanan Anda

Google memperkenalkan aplikasi dipanggil Trips pada tahun lepas bertujuan untuk membantu pengguna mengurus pelan percutian mereka.

Hari ini Google telah menambah beberapa fungsi baru bagi menarik lebih banyak pengguna.

Pertama sekali, Trips akan secara automatik membuat rekod tentang semua tiket pengangkutan dan penginapan anda yang dihantar ke akaun Gmail.

Ini memudahkan untuk melihat perjalanan percutian anda dalam satu tempat.

Semua tempahan boleh dilihat secara offline seterusnya memudahkan anda melihat tempahan anda di tempat yang agak terpencil atau roaming.

Akhir sekali, Trips membenarkan anda berkongsi maklumat dengan orang lain.

Ini memudahkan jika anda akan bercuti dalam kumpulan dan perkongsian maklumat percutian boleh dikongsi dengan rakan-rakan anda.

Kini percutian menjadi lebih mudah dan tidak merumitkan untuk berkodinasi dengan rakan yang lain.

Sumber