Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Projek Treble Google Boleh Merevolusikan Modifikasi ROM

Projek Treble Google Boleh Merevolusikan Modifikasi ROM

Diterbitkan November 27, 2017 oleh Wiser MY

Ketika pengguna iOS masih boleh menikmati kemaskini sistem operasi mereka yang dikeluarkan oleh Apple sendiri, pengguna sistem operasi Android masih mengharapkan pembangun ROM untuk mengeluarkan versi terbaru mereka jika pembuat peranti telefon pintar masih tidak dapat memberikan kemaskini dengan cepat.

Sebagai contoh, 3 bulan selepas Android Oreo dikeluarkan untuk umum, hanya 0.3% dari pasaran keseluruhan yang memakai Android O. Google cuba mengatasi masalah adaptasi kemaskini sistem operasi yang terbaru dengan memperkenalkan ‘Project Treble’.

Semua peranti yang bermula dengan sistem operasi Android Oreo selepas ini memerlukan sokongan Treble. ‘Project Treble’ ini memisahkan perlaksanaan oleh vendor dari rangka kerja Android OS melalui antara muka yang baru.

i (1)

Satu pembangun XDA, Mishaal Rahman telah menguji fungsi Treble ini dengan mengemaskini peranti Mate 9 nya kepada Oreo Beta. Dia kemudian memasukkan ROM AOSP dan peranti Mate 9 dapat berfungsi dengan baik tanpa perlu mengubah kod kernel.

Dengan perkembangan ini, komuniti Google boleh menyambut baik usaha Google dalam memastikan sokongan terhadap sistem operasi mereka mendapat sambutan dan memudahkan kerja-kerja pembangun dalam memberikan variasi terhadap binaan sistem operasi masing-masing.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY