Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Ada Cara Untuk Hasilkan Kamera Bawah Paparan Berkualiti Tinggi

Google Ada Cara Untuk Hasilkan Kamera Bawah Paparan Berkualiti Tinggi

Diterbitkan Mei 17, 2021 oleh Wiser MY

Baru-baru ini kita diperlihatkan bayangan rekaan Google Pixel 6 yang mempunyai modul kamera tertimbul dan rekaan berlubang untuk kamera swafoto.

Terbaru, Google dikatakan ingin meletakkan teknologi kamera bawah paparan pada telefon pintar Pixel akan datang.

Teknologi ini sudah diperkatakan sejak beberapa tahun sudah, belum dikomersialkan secara besar-besaran tetapi kebanyakan pengeluar telefon pintar dijangka akan melaksanakan teknologi ini. Namun, seperti yang semua sedia maklum kualiti gambar yang dihasilkan belum mampu menandingi teknologi kamera swafoto sedia ada.

Untuk Google, mereka telah menghasilkan paten baharu untuk mengurangkan cabaran tersebut dengan meletakkan prisma (prism) diantara kamera dan paparan tambahan (auxiliary).

Google Ada Cara Untuk Hasilkan Kamera Bawah Paparan Berkualiti Tinggi

Seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah paten, cermin akan memantulkan kandungan yang dipaparkan di paparan utama semasa kamera tidak diaktifkan.

Sebaik kamera diaktifkan, cermin berputar untuk membenarkan cahaya masuk ke lensa dan sensor untuk merakam gambar dan video berkualiti tinggi.

Difahamkan juga paparan tambahan kecil itu mempunyai tiga sensor seperti sensor persekitaran, sensor jarak, dan sensor IR (infrared). Ini menunjukkan yang teknologi Face UnlockĀ mungkin kembali pada peranti Google Pixel.

Baca juga – Google Beri Petunjuk Cip Yang Pixel 6 Guna

Selepas gambar Google Pixel 6 dengan rekaan kamera berlubang tular, boleh disimpulkan teknologi ini mungkin dilaksanakan pada barisan Google Pixel 7.

Sumber: LetsGoDigital

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY