Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Photos

Google Photos Sedang Diuji Ciri Baru

Diterbitkan Mei 18, 2021 · Dikemas kini Mei 18, 2021 oleh Wiser MY

Selepas memaklumkan limitasi storan yang akan di laksana Jun ini, Google Photos dikatakan sedang menguji fungsi tapisan carian gambar lebih baik lagi.

Ciri ini mula dikesan oleh Android Police beberapa minggu lalu pada aplikasi Google Photos.

Baca juga – Cara Semak Berapa Banyak Baki Storan Percuma Google

Pengguna boleh melakukan tapisan (filters) carian terperinci mengenai gambar tertentu seperti tangkap layar, animasi, swafoto, dan lain-lain. Kemudian, hasil tapisan akan dipaparkan di bawah ruang carian secara sebaris.

Google Photos Sedang Diuji Ciri Baru

Menurut Android Police, tapisan carian ini bukanlah sesuatu yang tidak boleh dilakukan sebelum ini. Tetapi ciri ini memberi paparan antara muka yang lebih spontan dan mempunyai kebolehan carian lebih baik.

Baca juga – Had Storan 15GB Bagi Google Photos Berkuat Kuasa Pada 1 Jun 2021

Selain itu, Google Photos juga mengembangkan ciri lain seperti ciri suntingan video dan integrasi Google Lens yang lebih mantap.

Ia belum ditawarkan secara meluas tetapi pengguna Google Photos dijangkan boleh gunakan ciri ini tidak lama lagi seiring dengan had storan yang akan di kuat kuasa bulan hadapan.

Sumber: xda-developers

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY