Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2023-12-12T115041.294

Aplikasi Google Play Movies & TV Tamat Perkhidmatan Pada Januari 2024

Diterbitkan Disember 14, 2023 oleh Muhd Idham

Selepas ketidakberkesanan Google Play Movies & TV di Android TV yang dikuatkuasakan pada bulan Oktober yang lalu, pihak Google kini menegaskan bahawa mereka akan tamatkan perkhidmatan Movies & TV secara keseluruhan pada 17 Januari 2024 di dalam kenyataan Google Support.

Perkhidmatan ini tidak lagi akan tersedia pada mana-mana peranti Android TV atau pun laman web Google Play Store selepas tarikh itu.

Sehubungan dengan itu, pengguna perkhidmatan Movies & TV yang lama masih lagi boleh mengakses filem yang telah dibeli dan disewa oleh mereka daripada perkhidmatan itu melalui peranti Android TV, Google TV dan aplikasi mudah alih Google TV untuk peranti Android mahupun iOS.

Jika anda tidak memiliki sebarang peranti Android TV, anda juga turut disediakan alternatif lain untuk menonton filem iaitu dengan mengakses youtube.com/movies sebagai platform pengganti bagi simpanan filem anda.

Berkaitan

  • Lenovo Legion Go Kini Tiba Di Malaysia Dengan Harga RM3,999
  • Ini 10 Carian Telefon Pintar Paling Sohor Kini Di Malaysia 2023
  • realme GT3 Disahkan Lancar Di Malaysia Pada 20 Disember 2023
  • Pengguna iPhone Kini Boleh Tukar Bunyi Notifikasi 'Default', Ini Caranya

Sumber: 9to5Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY