Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2023-12-12T101026.844

realme GT3 Disahkan Lancar Di Malaysia Pada 20 Disember 2023

Diterbitkan Disember 12, 2023 · Dikemas kini Disember 12, 2023 oleh Muhd Idham

realme Malaysia hari ini telah mengumumkan tarikh rasmi ketibaan realme GT3 di pasaran tempatan dengan tarikan utamanya iaitu pengecasan pantas 240W pada 20 Disember 2023 di halaman rasmi Facebook mereka.

Seperti yang telah ditulis dalam artikel Wiser.my yang lepas, telefon pintar yang dahulunya dikenali sebagai GT Neo5 ini dilengkapi dengan paparan AMOLED 6.74 inci dengan resolusi 1240 x 2772 px serta kadar segar semula 144Hz.

realme GT3 Disahkan Lancar Di Malaysia Pada 20 Disember 2023

Dengan kecerahan puncak 1400 nits, GT3 dikuasakan dengan cipset Snapdragon 8+ Gen 1 serta digandingkan dengan konfigurasi 16GB RAM dan 1TB storan. Bateri yang digunakan pula berkapasiti 4,600mAh dengan kebolehan untuk cas penuh dalam masa 10 minit melalui sambungan USB-C.

Untuk bahagian kamera, telefon pintar ini dipasangkan dengan kamera utama 50MP bersama ultra lebar 8MP dan sensor kedalaman 2MP serta kamera swafoto 16MP.

Dengan perincian yang telah disahkan semasa acara Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2023 ini, harga bagi pasaran Malaysia masih belum didedahkan.

Tetapi realme telah pun hanya mendedahkan harga jualan bagi variasi paling asas yang dijual pada harga USD649 (~RM2912.39) semasa pelancaran globalnya Mac lalu.

Selain itu, pihak realme juga turut mendedahkan variaan warna baru untuk realme GT3 selain daripada Booster Black dan Pulse White iaitu Racing Purple.

Berkaitan

  • realme GT3 Rasmi Di Pasaran Global, Pengecasan Terpantas 240W Jadi Taruhan
  • CyberSecurity Malaysia Keluar Amaran Peningkatan Insiden Ketirisan Data
  • MKN Dan NACSA Perkukuh Infrastruktur ICT PERKESO
  • Ini Senarai Carian Paling Banyak Dibuat Rakyat Malaysia Tahun 2023

Sumber: Facebook realme Malaysia

(Beli pelbagai produk Realme dari stor rasmi di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY