Aplikasi ini sangat berguna kepada anda yang mempunyai lebih dari satu akaun Google seperti contoh...
- akaun peribadi,
- akaun untuk kerja
...kerana ia memudahkan anda untuk mengakses akaun-akaun tersebut dari satu medium sahaja.
Selain itu anda juga boleh menggabungkan beberapa penyenaraian kenalan menjadi satu, sebagai contoh jika rakan anda mempunyai dua nombor telefon; satu nombor peribadi dan satu lagi nombor untuk kerja, kedua-duanya akan digabungkan menjadi satu.
Aplikasi Contacts ini turut mencadangkan penambahan maklumat kepada senarai kenalan sedia ada secara automatik.
Dikhabarkan juga Google sedang dalam usaha untuk membawakan ciri Kod QR ke dalam aplikasi Contacts tersebut. Dengan ciri itu, pengguna berkongsi kod QR kenalan kepada kenalan yang lain untuk diimbas dan ditambah ke dalam senarai kenalan mereka pula.

Walaubagaimanapun, tiada maklumat lanjut tentang penawaran ciri kod QR itu kepada pengguna global dan sama-sama kita nantikan pengumuman dari Google kelak.
Sumber; 9to5Google
Berkaitan
- Penganalisis KGI: Apple Akan Keluarkan iPhone Berukuran 6.5 Inci
- Cara Pasang GCam Pada Asus Zenfone Max Pro M2
- TM Tawar Naik Taraf Kelajuan Dengan Tambahan RM10
- Huawei Dilihat Menyindir Samsung Galaxy S10 Disamping Mempromosikan Siri P30
- TM Bakal Tamatkan Rangkaian P1 WiMAX, Mahu Fokus Kepada Unifi Mobile
- Tiga Kamera iPhone XI Mungkin Akan Kelihatan Seperti Ini
- Gorilla Glass Victus Mampu Harungi 10 Kali Jatuhan Tanpa Retak Pada Paparan
- Penilaian DxOMark Kamera Pixel 2 Kalahkan iPhone 8 Plus Dan Galaxy Note 8
- Foto Ini Didakwa Samsung Galaxy Note 7 'Refurbished'
- Carian Google Image Kini Disertakan Dengan Butang Lens