Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi CIMB Clicks Tampil Dengan Wajah Baru

Aplikasi CIMB Clicks Tampil Dengan Wajah Baru

Diterbitkan Julai 5, 2017 · Dikemas kini Julai 5, 2017 oleh Helmi Samsuri

Semalam CIMB Malaysia telah mula mengeluarkan kemaskini terbaru untuk aplikasi perbankan atas talian CIMB Clicks bagi platform Android.

Aplikasi tersebut terlebih dahulu  ditawarkan kepada pengguna iOS dan ia membawa beberapa perubahan besar.

Antara pembaharuan yang diperkenalkan adalah:

  • Sokongan pengimbas cap jari untuk log masuk akaun
  • Antaramuka yang lebih mesra pengguna

Sebelum log masuk, anda diberikan pilihan untuk memilih jenis servis yang mana ia bakal menjimatkan masa penggunaan. Pilihan tersebut adalah;

  1. Lihat Akaun
  2. Lihat baki secara pantas
  3. Pemindahan wang
  4. Pembayaran bil
  5. JomPAY

Walaubagaimanapun, aplikasi tersebut dilihat agak kurang  stabil buat masa ini dimana terdapat sedikit masalah ketika log masuk sama ada menerusi pengimbas cap jari mahupun isian kata laluan.

Diharap pihak CIMB Clicks dapat menambahbaik perkara ini kerana kemaskini terbaru ini tampak lebih ringkas dan mudah digunakan.

Kemaskini CIMB Clicks di Android anda sekarang.

Sumber: CIMB Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY