Apa Yang Anda Perlu Tahu Untuk Dapatkan Kelajuan Internet 1Gbps

Selari dengan kehendak kerajaan yang mahukan akses internet berkelajuan tinggi dengan harga yang berpatutan, tempoh hari beberapa buah syarikat telah memperkenalkan pelan baru kepada pengguna tempatan.

Antara yang menarik perhatian ramai adalah pengenalan internet berkelajuan 1Gbps oleh TIME Internet pada harga RM199. Ia merupakan pakej jalur lebar Gigabit pertama yang diperkenalkan kepada sebahagian besar segmen penduduk di Malaysia.

Tapi adakah anda tahu bagaimana mahu dapatkan kelajuan 1Gbps ini?

Sebelum anda naik taraf kepada kelajuan Gigabit, jom kita ulangkaji sedikit perkara-perkara yang anda perlu ambil perhatian.

1. Pilih sambungan dan router yang sesuai

Ini merupakan perkara asas. Nak dapatkan kelajuan maksimum, anda mestilah memiliki router yang berupaya menyokong kelajuan tersebut beserta sambungan yang betul.

Perkara pertama adalah dari segi sambungan, anda perlu tahu bahawa sambungan secara kabel lebih baik dan stabil berbanding tanpa kabel (WiFi) sebab ia kurang gangguan.

Kredit foto: FS.com

Untuk itu, router anda perlu mempunyai port Gigabit Ethernet. Ok, itu cerita untuk sambungan secara kabel. Bagaimana pula secara WiFi?

Untuk pengguna WiFi, pastikan peranti seperti komputer, laptop dan telefon pintar anda menyokong standard piawaian sesuai dengan kelajuan Gigabit iaitu 802.11ac. Rata-rata router terbaru dipasaran telahpun dilengkapkan dengan piawaian ini.

Router ada dua versi; Single band (2.4GHz) dan Dual band (2.4GHz dan 5GHz). Bagi pengalaman penggunaan internet yang pantas dan berkualiti, gunalah Dual band router.

2. Apa itu dual band dan single band? 

Seperti yang disebutkan diatas, router ada yang Single Band dan Dual band. Single band bermaksud menyokong frekuensi 2.4GHz sementara Dual band menyokong dua frekuensi 2.4GHz dan 5GHz.

Kredit foto: Slide Share

Pilihan kepada isyarat 5GHz ini  memberikan anda sedikit kelebihan kerana isyaratnya tidak terlalu “sibuk” sepertimana 2.4GHz. Dengan itu, kelajuan internet gigabit yang dilanggan anda dapat dinikmati dengan kurang gangguan.

3. Apa beza 2.4GHz dan 5GHz?

Dua perbezaan utama adalah dari segi capaian (jarak) dan bandwith(kelajuan). 2.4GHz tawarkan capaian yang lebih luas tetapi kadar pemindahan datanya perlahan. Satu lagi frekuensi, iaitu 5GHz lebih laju memindahkan data tetapi capaiannya tidak besar.

Diatas merupakan gambaran panjang gelombang kedua-dua frekuensi. Gelombang 2.4GHz lebih panjang dan sesuai dengan akses dari jarak jauh dan transmisi mampu menembusi dinding dan objek halangan yang lain.

Namun begitu, kebanyakkan peranti dan perkakasan rumah yang mempunyai sokongan WiFi menggunakan frekuensi 2.4GHz, ia akan mengganggu dan menjadikannya lebih cepat “sesak” serta penyebab kelajuan sambungan menurun.

Contoh peranti dan perkakasan yang menggunakan frekuensi 2.4GHz adalah kamera, konsol permainan, pencetak, sistem audio, telefon tanpa wayar dan banyak lagi.

Kredit foto: Starhub

Bayangkan frekuensi ini sebagai jalanraya, semua kenderaan nak lalu disitu, pasti anda lambat sampai ke destinasi.

Berbeza pula dengan 5GHz, ia kurang sesak kerana tidak banyak peranti dan perkakasan menggunakan frekuensi ini. Oleh kerana gelombangnya pendek, isyarat yang dipancarkan kurang berupaya menembusi dinding dan halangan yang lain, jadi capaiannya lebih pendek daripada 2.4GHz.

Bagi mudah difahami, jika anda mencari sambungan dengan capaian yang lebih luas guna 2.4GHz; jika anda mencari sambungan yang lebih laju gunakan 5GHz.

4. Guna Gigabit Ethernet (GE) Port Dan Bukannya Fast Ethernet (FE) Port

Anda mungkin melihat port Ethernet di bahagian belakang komputer atau komputer riba anda. Router biasanya mempunyai beberapa port Ethernet untuk menampung pelbagai peranti berwayar pada rangkaian.

Kredit foto: Digital Citizen

Ketika ini terdapat dua jenis port iaitu Gigabit Ethernet (GE) dan Fast Ethernet (FE). Kedua-dua port ini digunakan untuk menyambungkan router kepada peranti seperti komputer untuk memberikan anda akses kepada internet.

Perbezaannya, port FE hanya menyokong kelajuan maksimum sehingga 100Mbps sahaja sementara port GE mampu memberikan kelajuan minimum pada 1000Mbps.

Oleh sebab itu, router dan peranti anda perlulah dilengkapi  dan mempunyai sokongan port GE supaya sambungan kabel bagi internet 1Gbps dapat dinikmati dengan sebaiknya.

Teknologi GE ini 10 kali lebih laju berbanding FE port kerana mempunyai kadar pemindahan bit dan jalur lebar yang tinggi.

5. Saluran WiFi

Anda sudah faham, Single band/Dual Band, frekuensi 2.4GHz/5GHz. Sekarang kita pergi pula ke bahagian saluran WiFi.

Didalam kedua-dua frekuensi terdapat satu jalur kecil yang dipanggil sebagai saluran WiFi. Saluran ini merupakan medium data dihantar dan diterima.

Kredit foto: How To Geek

Kebiasaannya frekuensi 2.4Ghz mempunyai 11 saluran dan 5GHz mempunyai 45 saluran. Tidak semua saluran sesuai digunakan kerana ia terdapat gangguan.

Gangguan ini kita bahagikan kepada dua iaitu, gangguan Co-Channel dan gangguan Adjacent.

  • C0-Channel – Gangguan terhasil apabila banyak peranti bersaing untuk berkomunikasi dalam saluran yang sama.
  • Adjacent – Gangguan terjadi apabila peranti dari saluran bertindih cuba bercakap antara satu sama lain.
Kredit foto: Metageek

Saluran yang mempunyai gangguan dari peranti yang lain dikelaskan sebagai sesak. Penghantaran data akan menjadi lebih lama dan itulah sebab masa anda mengakses menjadi lambat.

Kebanyakkan router memilih saluran WiFi secara automatik dan ia bergantung kepada perkakasan yang anda gunakan.

Jika anda sering mengalami masalah sambungan WiFi, ia mungkin bukan disebabkan router anda rosak tetapi saluran yang sesak.

Untuk pengetahuan anda, setiap kali anda reboot router, saluran WiFi yang digunakan akan berubah. Itulah antara sebab jika sambungan WiFi anda perlahan, orang akan suruh reboot router. Nampak?

6. Kenapa anda perlukan internet 1Gbps?

Kita sudah memasuki dunia moden yang penuh dengan teknologi. Kebanyakkan urusan sudah mula di implimentasi dengan sistem terkini dan sebagai pengguna kita mahu akses yang pantas.

Kredit foto: Comparitech

Data yang digunakan pengguna semakin lama semakin banyak dan besar. Tempat simpanan juga sudah mula beralih kepada storan awan (cloud storage). Bayangkan anda mahu menyimpan segala foto dan video yang bersaiz besar ke dalam Google Drive, berapa lama masa yang diambil dengan kelajuan internet anda sekarang?

Bagi kaki permainan video pula, sanggupkah anda digelar noob hanya kerana mati awal disebabkan sambungan internet yang terputus-putus? Mungkin melalui gigabit internet anda mampu mendapatkan “Winner Winner Chicken Dinner” dengan lebih banyak?

Anda suka menonton video, drama bersiri, dan filem secara dalam talian seperti Netflix? Gigabit internet penawar kepada masalah loading yang sering menghantui anda. Dengan kelajuan 1Gbps anda boleh memuat turun filem dalam masa 16 saat. Hujung minggu anda pastinya indah.

 

Kredit foto: Google

Menariknya lagi tentang kelajuan internet gigabit ini, ia berupaya menyediakan sambungan sehingga 30 peranti pada satu-satu masa. Si ibu boleh menonton drama korea di dapur, si ayah boleh menstrim perlawanan bola sepak diruang tamu, si abang boleh bermain PUBG tanpa tersangkut-sangkut dan si adik boleh menonton video di YouTube dengan gembira. Gunakan internet tanpa sebarang gangguan.

7. Bagaimana nak dapatkan internet 1Gbps?

Dah bersedia untuk jadi pelanggan kepada pakej internet paling laju di Malaysia? Ikuti 3 langkah mudah berikut untuk menikmati potongan RM100 bila anda mendaftar online!

  • Lawati laman TIME Internet dan pilihlah pakej internet yang bersesuaian dengan anda.
  • Semak sama ada kawasan anda diliputi TIME Fibre Home Broadband.
  • Isi maklumat dan tunggu e-mel pengesahan daripada pihak TIME.

Jadi tunggu apa lagi? Layari TIME Internet sekarang dan nikmati pengalaman penggunaan internet terpantas di Malaysia.

Artikel ini dibawakan oleh TIME Internet

Helmi Samsuri

Helmi Samsuri

Pengerusi Kelab Lontar Peluru Wiser.my

Add comment

Langgan Wiser.my

Langgan artikel melalui email dan terima notifikasi setiap kali artikel baru dikeluarkan

Hubungi Kami

03 8686 5408