Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kerajaan Jalankan Kajian Untuk Hadkan Internet Keatas Remaja Selepas 12 Malam

Kerajaan Jalankan Kajian Untuk Hadkan Internet Keatas Remaja Selepas 12 Malam

Diterbitkan Ogos 13, 2018 · Dikemas kini Ogos 13, 2018 oleh Helmi Samsuri

Dalam usaha untuk mengatasi masalah ketagihan terhadap aplikasi permainan video dan media sosial, kerajaan dilaporkan sedang membuat satu kajian mengehadkan akses internet.

Sekatan itu adalah melibatkan golongan remaja bawah 17 tahun, dimana akses internet mereka selepas jam 12 malam akan dihalang.

Terdapat juga video game provider (penyedia) yang menyekat (remaja) bawah 17 tahun untuk berada (bermain), selama satu hingga dua jam dan selepas itu mereka di’offline’kan.

Ini antara langkah yang boleh diambil dan kita kaji untuk memastikan ia dikawal, ujar Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, ketagihan menggunakan aplikasi permainan video serta media sosial ini dilihat memberikan impak yang berbahaya kepada pengguna, selain mengganggu tugas harian seperti pembelajaran mahupun kerjaya.

Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan pada tahun lalu mendapati sejumlah 34.9% remaja dalam lingkungan 13 hingga 17 tahun ketagih mengakses internet.

Tinjauan dari SKMM pula menunjukkan 80% daripada 24.1 juta pengguna internet di Malaysia menggunakan media sosial lebih 4 jam dalam sehari.

Sumber: BH Online

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY