Jika waktu malam, cahaya biru itu merangsang dan "memperbodohkan" otak untuk memikirkan hari masih siang. Itulah sebab mengapa anda tidak digalakkan bermain telefon semasa hendak tidur (otak fikir masih siang, anda pun tak jadi tidur).
Jangan khuatir kerana ada jalan penyelesaiannya. Anda pengguna Android? iOS? atau Windows 10?
Mari ikuti langkah pencegahan cahaya biru dibawah.
Android
G0ogle ada menambah fungsi Night Mode untuk menapis cahaya biru pada versi pembangun Android Nougat, tetapi nampaknya fungsi tersebut dibuang dari versi yang dikeluarkan untuk pengguna.
Tidak mengapa! Anda boleh cuba aplikasi pihak ketiga ini untuk tapis cahaya biru tersebut.
Terdapat 3 pilihan aplikasi yang boleh anda muat turun dari Google PlayStore:
- Blue Light Fighter
- Mudah untuk laraskan suhu warna
- Beri nasihat untuk tetapkan cahaya agar tidak mengganggu tidur
- Boleh tetapkan masa untuk hidupkan penapis cahaya itu
- sFilter
- Aplikasi ini membolehkan anda menghidupkan penapis cahaya biru secara manual atau menjadualkannya untuk hidup dan mati pada waktu tertentu seperti siang atau malam.
- Kebolehan menukar warna penapis serta menyesuaikan kelegapan (opacity) dan kecerahan.
- Anda juga boleh membuat ikon pintasan atau widget supaya tidak perlu membuka aplikasi untuk menghidupkan penapis.
- Twilight
- Mirip seperti 2 aplikasi diatas.
iOS
Pastikan peranti Apple anda beroperasi dengan iOS 9.3 dan keatas untuk mengaktifkan ciri penapisan cahaya biru ini.
- Settings > Display & Brightness > Night Shift
Fungsi ini boleh mengubah suhu skrin peranti kepada warna yang lebih sejuk dan dalam masa yang sama menapis cahaya biru.
Fungsi lain yang anda boleh gunakan dalam mod Night Shift ini adalah tetapkan jadual untuk aktifkan mod.
Windows 10
Anda kerap menggunakan komputer pada waktu malam?
Untuk kesihatan mata dan tidur yang lebih nyenyak boleh cuba ciri Night Light ini.
- Start button > Settings > System
Tekan Night Light Settings untuk laras suhu warna. Terdapat juga pilihan untuk tetapan masa, jadi anda boleh buat jadual waktu bila ciri ini aktif.
Jadi itulah dia langkah-langkah yang boleh diambil pengguna Android, iOS, dan Windows 10 bagi mengurangkan kesan cahaya biru terhadap mata.
Pada waktu permulaan mungkin mata agak sakit sedikit kerana ia mengambil masa untuk menyesuaikan dengan mod penapisan cahaya biru itu, tetapi lama-kelamaan ia semakin selesa.
Tak percaya? Cubalah dahulu.
Sumber: PC MAG
Berkaitan
- Qualcomm Memperlihatkan Produk Baru, Penukar Analog Digital Dengan Sambung USB-C
- Nokia 8 Dijual Pada Harga Promosi Sempena Tahun Baru Cina
- Xiaomi Kongsikan Ciri Baru Yang Bakal Hadir Pada MIUI 10 Dan 11
- WhatsApp Tambah Ciri Pengesahan Biometrik Untuk Akses Dari Komputer
- Garena Lancarkan Speed Drifters, Muat Turun Sekarang Dari Google PlayStore
- Mahu Laptop Anda Tahan Lebih Lama? Boleh Cuba Tips Penjagaan Laptop Secara Fizikal Ini
- Diesel Kini Memasuki Pasaran Jam Tangan Pintar, Perkenal 5 Buah Model
- Cara Navigasi Google Maps Tanpa Sambungan Internet
- Samsung Galaxy Note 9: S-Pen Diberi Nafas Baru
- Snapdragon 865 Plus Kini Rasmi Diperkenalkan