Ini Antara Perubahan Antaramuka Yang Terdapat Pada MIUI 12

Khabar terawal mengenai MIUI 12 telah dilaporkan awal Januari lalu dimana sistem operasi itu mungkin diperkenalkan pada suku ketiga tahun ini.

Perkembangan lanjut mengenainya kini memasuki episod baru, dimana sedikit rekaan antaramuka telah diperlihatkan menerusi versi Beta yang dikeluarkan oleh Xiaomi.

Melalui perkongsian XDA-Developers, pada aplikasi MiSettings dilihat tampil dengan sedikit perubahan berbanding versi sebelumnya. Walaubagaimanapun, ia telah dipadam oleh pihak Xiaomi tetapi rakaman layarnya berjaya diambil oleh laman teknologi tersebut.

Antara perubahan ketara adalah pada bahagian tetapan kadar penyegaran dimana, ia tidak lagi dipaparkan dalam bentuk senarai. Selain itu ciri Screen Time juga tampil dalam bentuk graf dan bukannya bentuk bar seperti versi sedia ada. Berikut merupakan perubahan antaramuka yang disebutkan.
Perbandingan antaramuka MIUI 11 dan MIUI 12



Dikatakan juga, baru-baru ini pembangun Xiaomi telah mengumumkan penamatan pembangunan MIUI 11. Ini mungkin disebabkan mereka mahu mengalihkan fokus kepada penyediaan MIUI 12 pula.

Buat masa sekarang, Xiaomi belum lagi mengeluarkan senarai rasmi peranti yang akan menerima MIUI 12. Tetapi berdasarkan khabar angin, berikut merupakan model-model yang seharusnya layak dikemaskini dengan MIUI 12.
Senarai tidak rasmi peranti yang mungkin menerima MIUI 12


  • Xiaomi Mi 10, Mi 10 Pro, Mi 10 Lite

  • Xiaomi Mi 9, Mi 9 SE, Mi 9 Lite

  • Mi Note 10, Note 10 Pro

  • Xiaomi Mi 8 Pro, Mi 8, Mi 8 Lite

  • Redmi K20, K20 Pro / Mi 9T, Mi 9T Pro

  • Redmi K30, K30 Pro, K30 Pro Zoom

  • POCO F1 / POCOPHONE F1

  • POCO X2

  • Xiaomi Mi MIX 3

  • Xiaomi Mi MIX 2, Mi MIX 2S

  • Redmi Note 8, Note 8 Pro

  • Redmi Note 9S, Note 9 Pro, Note 9 Pro Max

  • Black Shark 3, 3 Pro

  • Xiaomi Mi A2, Mi A2 Lite

  • Xiaomi Mi A3

  • Redmi Note 8T

  • Redmi 8, Redmi 8A

  • Redmi Note 7, Note 7S, Note 7 Pro

  • Redmi 7, Redmi 7A

  • Redmi Y3

  • Xiaomi Mi Max 3

  • Redmi Note 6, Note 6 Pro

  • Redmi Note 5, Note 5 Pro

  • Redmi S2/Y2


Sumber: XDA-Developers dan FossyBytes