Akses tetapan tema gelap, carian dan layari facebook kini lebih pantas.
Beberapa hari lalu, pihak Facebook telah mengemas kini reka bentuk antaramuka laman Facebook.com dengan menjadikannya lebih mudah dan pantas diakses penggunanya.
Antara penambah baikan yang dibuat termasuklah akses tetapan pilihan tema gelap atau cerah yang lebih mudah dicapai, antaramuka diasingkan kepada 3 lajur yang lebih baik dan pengguna kini lebih mudah mencipta Acara, Laman, Grup dan Iklan Facebook.
Facebook juga memaklumkan bahawa reka bentuk baru antaramuka Facebook.com kini sudah ditawarkan untuk semua pengguna di seluruh dunia.
Selain itu, Facebook juga mengalu-alukan maklum balas daripada para penggunanya yang boleh dibuat menerusi ciri Give Feedback.
Walaubagaimanapun, bagi mereka yang rasa lebih selesa menggunakan antaramuka Facebook lama, anda boleh saja menukarkannya kembali dengan klik pada tetapan pilihan Switch to Classic Facebook.
Sumber: FB Newsroom
Berkaitan
- Microsoft, Google Dan Facebook Membantah Keputusan Menteri Pengangkutan Malaysia
- Pakar Keselamatan Mengesyorkan Pengguna Agar Tidak Menggunakan Aplikasi Facebook Messenger Ketika Ini
- Facebook Ads Diboikot Syarikat-Syarikat Ternama
- Pengguna Facebook Dibayar Bagi Menambah Baik Teknologi Pengecaman Suara
- Sony Dan Facebook Menarik Diri Dari Menyertai Acara GDC 2020
- Facebook Lancar Aplikasi Study, Pengguna Akan Dibayar Untuk Data Yang Diambil
- Acara Facebook Developer Conference 2020 Dibatalkan
- Facebook Mula Meminta Kebenaran Dulu Sebelum Mengakses Privasi Pengguna iPhone
- Beberapa Negara Mengalami Masalah Mengakses Laman Facebook, Instagram, Messenger Dan WhatsApp
- Pendaftaran Messenger Kini Wajib Memerlukan Akaun Facebook