Satu lagi persidangan utama industri teknologi tahun ini dibatalkan.
Facebook hari ini memaklumkan bahawa mereka terpaksa membatalkan acara Facebook Developer Conference (F8) pada tahun ini.
Pembatalan acara penting mereka itu tahun ini sudah tentulah berkaitan dengan kebimbangan penularan wabak Covid-19 yang sedang melanda di seluruh dunia ketika ini.
"Every year, we look forward to connecting with our global developer community at F8 and sharing our vision for the future that we’re building together. But given the growing concerns around COVID-19, we’ve made the difficult decision to cancel the in-person component of F8 2020." Facebook.
Sungguhpun jangkitan Covid-19 di dalam negara China sedikit berkurangan berbanding pada peringkat awalnya, tetapi penularan wabak di negara-negara lain di seluruh dunia semakin meningkat.
Ini termasuklah negara Brazil, Denmark, Estonia, Georgia, Greece, Norway, Pakistan, Romania dan North Macedonia yang telah merekodkan kes baru Covid-19 di dalam negara mereka.
Setakat ini, WHO melaporkan sebanyak 82,294 kes Covid-19 telah berlaku hampir di seluruh dunia (setakat 27 Februari 2020).
Berkaitan
- Perisian Hasad Android Ini Mencuri Data Pengesahan Pengguna Facebook
- Menteri KKMM Disahkan Positif COVID-19
- Vaksin COVID-19 Pfizer Akan Diuji Ke Atas Kanak-Kanak Berumur Di Bawah 12 Tahun
- SKMM Menasihatkan Orang Ramai Merujuk Sumber Sahih Tentang Wabak COVID-19
- Perkembangan Terkini Penghasilan Vaksin COVID-19
- Selepas Ini Facebook Akan Paksa Anda Baca Artikel Sebelum Boleh Kongsikannya
- Jumlah Penduduk Dunia Yang Sudah Terima Suntikan Vaksin COVID-19 Setakat Ini
- Seorang Pekerja Facebook Maut Selepas Terjun Dari Bangunan Ibu Pejabat Syarikat Tersebut
- Beberapa Negara Mengalami Masalah Mengakses Laman Facebook, Instagram, Messenger Dan WhatsApp
- Lebih 500 Ribu Video YouTube Berkaitan COVID-19 Dibuang Tahun Lalu