Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Antaramuka Jam Tangan Pintar Michael Kors Boleh Diletakkan Dengan Gambar Kegemaran Anda

Antaramuka Jam Tangan Pintar Michael Kors Boleh Diletakkan Dengan Gambar Kegemaran Anda

Diterbitkan Mac 26, 2017 · Dikemas kini Mac 27, 2017 oleh Helmi Samsuri

Michael Kors, satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia fesyen kini telah tampil dengan kelainan menerusi pelancaran jam tangan pintar, Sofie dan Grayson.

Jam tangan pintar ini beroperasi dengan platform Android Wear 2.0 hadir  dengan rekaan yang sesuai digayakan fesyen terkini.

Grayson merupakan versi khusus buat pemakai lelaki tampil dengan dail berputar berfungsi untuk menavigasi antara menu.

KOR1647710
Grayson

Michael Kors menyatakan Grayson akan ditawarkan dengan 4 pilihan warna iaitu:

  1. Emas
  2. Stainless Steel
  3. Biru
  4. Hitam

Satu lagi model adalah  untuk pemakai wanita yang diberi nama Sofie. Ia mempunyai rekaan yang lebih kecil dan “anggun”.

KOR1558268
Sofie

Ditawarkan dengan 8 pilihan tali yang boleh ditukar mengikut kegemaran pemakai.

Kedua-dua model ini akan beroperasi dengan platform Android Wear 2.0 dan dilengkapi ciri pengesanan kecergasan.

Jam tangan pintar ini turut digandingkan dengan sebuah aplikasi dipanggil The Michael Kors My Access.

Aplikasi tersebut membolehkan pemakai menyambung jam tangan pintar mereka ke akaun Instagram.

Pemakai boleh menetapkan foto kegemaran mereka sebagai antaramuka jam dan juga mampu mengedit gambar hanya dari jam tangan pintar itu.

Tarikh dan harga kedua-dua model ini masih belum diumumkan.

Sumber: Business Wire

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY