Antara Yang Menarik Tentang Android Oreo 8.0

Seperti biasa, Google akan membawakan sistem operasi baru setiap tahun. Goole telah memperkenalkan beberapa versi percubaan beta untuk sistem operasi Android 8.0 dan ianya boleh dimuat turun oleh pemaju perisian dan pengguna peranti yang tersenarai.

Apa ciri menarik yang dibawakan oleh Android Oreo 8.0?

Sebenarnya ciri PIP ini telah dibawakan melalui pratonton pemaju Android N yang pertama seperti yang boleh kita saksikan di iPad, tetapi ciri tersebut akhirnya digunakan untuk Android TV.

Tahun ini Google memberitahu ciri baru ini akan hadir untuk sistem operasi Android Orea 8.0. Ciri PIP atau Picture-In-Picture ini membenarkan pengguna menggunakan dua aplikasi secara serentak seperti membalas mesej whatsapp semasa menonton gambar di Instagram.

Pengguna perlu menekan butang home untuk mengecilkan window aplikasi tersebut malah boleh menggerakkannya kemana-mana dalam skrin sambil menjalankan aplikasi lain.

Ciri titik notifikasi ini adalah untuk memberi indikasi aplikasi yang sedang berjalan. Sama seperti yang diperlihatkan oleh iPhone dan Macbook. Ianya akan mempamerkan titik di setiap ikon aplikasi untuk memberitahu pengguna aplikasi tersebut sedang berjalan.

Sama seperti ciri yang kita sering gunakan semasa menggunakan laman pencarian Chrome. Kini Google membawakan ciri ini untuk platform telefon Android pula.

Ini bermakna, telefon Android Oreo dapat mengingati setiap ayat atau perkataan yang selalu anda taip. Ianya bukan seperti ciri prediction sebelum ini. Seperti contoh anda mahu daftar masuk ke akaun Facebook, anda hanya perlu menaip beberapa perkataan dihadapan dan Google akan memberi pilihan kata laluan yang pernah digunakan sebelum ini.

Pengguna dapat memilih perkataan yang ingin di salin dengan hanya menyentuh perkataan tersebut. Seperti contoh anda mahu salin perkataan 'Oreo ini sangat sedap', anda hanya perlu menyentuh dua kali perkataan tersebut dan tarik sehingga ke hujung ayat. Sebelum ini pengguna perlu menekan lama sebelum keluar kurungan ayat yang ingin dipilih.

Google turut berkata sistem operasi ini dapat mengesan alamat, nama tempat dan sebagainya. Tekan dua kali dan Google akan automatik memilih alamat untuk anda.

Melalui Android Oreo, Google akan mempamerkan satu kad notifikasi yang memberitahu sistem operasi mengimbas aplikasi yang dibuka supaya tiada kandungan berbahaya.

Google akan membawakan penambahbaikkan terhadap kelajuan sistem operasi Android Oreo. Bermakna boot-up juga akan lebih pantas, maka masa loading aplikasi turut dipercepatkan tanpa perlu bantuan aplikasi pihak ketiga.

Untuk memberi ketahanan bateri yang lebih ampuh, Google akan menghadkan aktiviti yang dimainkan secara latar belakang.