Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anggota PDRM Akan Dilengkapi Dengan Kemudahan Kamera Badan Seawal September Ini

Anggota PDRM Akan Dilengkapi Dengan Kemudahan Kamera Badan Seawal September Ini

Diterbitkan April 7, 2021 · Dikemas kini April 7, 2021 oleh Amalina Athman

Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dijangka akan dilengkapi peralatan kamera badan seawal September 2021, sebagai langkah untuk meningkatkan pekhidmatan dan integriti PDRM.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata, PDRM dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam fasa akhir perbincangan bagi mendapatkan lebih 2100 unit kamera badan, untuk dibekalkan seluruh negara.

Setiap balai polis daerah akan dibekalkan 12 unit kamera badan, yang berharga kira-kira RM13,800 untuk setiap unit. Peralatan ini akan digunakan oleh anggota PDRM ketika menjalankan rondaan atau operasi khas. Juga, ia akan dipakai bersama vest kalis peluru.

Terdahulu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 25 Mac telah mengumumkan kelulusan dana sebanyak RM30 juta bagi pembelian kamera badan. Tambahnya, penggunaan kamera badan ini akan melindungi anggota polis dari tuduhan palsu yang dibuat oleh penjenayah atau individu yang tidak bertanggungjawab.

Sumber: Facebook

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY