Audi dan Volvo dilaporkan akan menjadi pengeluar kereta pertama dengan sistem android terbina didalam, dan sudah pasti ianya juga akan memberi peluang kepada pengeluar kereta mid-range lain untuk diikuti.
Dengan binaan sistem Android ke dalam komputer kereta, sistem informasi terbina di dalam kereta mampu membenarkan pengguna untuk mengawal penghawa dingin, bumbung dan tingkap, mencari restoran terdekat dengan Google Map, mendengar Spotify, atau hanya meminta Google Assistant untuk mendapatkan bantuan.
Kereta pada masa akan datang memerlukan sambungan internet
Tidak seperti yang dibawakan oleh Android Auto, dimana pengguna perlu menggunakan sambungan dengan telefon pintar, sistem baru ini akan dijalankan dengan sendirinya, seakan-akan tablet android berukuran 7 inci dilekatkan pada dashboard kereta.
Tetapi, sistem baru yang akan diperkenalkan ini tidak bermaksud pengguna dapat mengakses sistem enjin dan bahagian yang dioperasikan secara mekanikal. Sistem yang dibina ini hanya dapat menakses isi kandung multimedia dan tetapan asas seperti mengubah kedudukan kerusi dan fungsi dalaman tambahan.
Ianya merupakan antara satu langkah keselamatan untuk menghindari kereta anda digoda, dakwa Google. Kereta yang dikawal sepenuhnya oleh satu sistem operasi akan memberi ruang kepada penggodam walaupun dari jarak jauh. Ini telah terbukti pada kereta Tesla.
Pengumuman ini tentang sistem Android kereta ini dijangka diperkenalkan pada persidangan Google’s I/O pada 17 Jun ini.
Sumber
Berkaitan
- Sistem Operasi Android 8.0 Bakal Diberi Nama Android Oreo
- Super Mario Run Hadir Untuk Peranti Android Mac Ini
- Xiaomi Lancarkan Mi MIX Dengan Rekaan Tanpa Bezel
- Permainan Video Fortnite Bakal Ke Peranti Android Tidak Lama Lagi
- Google Bakal Mempersembahkan Android Wear 2.0 Awal Tahun Depan
- Honor Play - Sebuah Lagi Telefon Pintar Gaming Dilancarkan Di China
- Flasgship Terbaru Dari OnePlus Akan Dilancarkan 15 November Ini
- Apa Itu Android Go, Dan Perbezaan Dengan Android O?
- Pelancaran Siri Huawei Mate 30 di Malaysia 3 Oktober Ini
- Pengguna Android Marshmallow dan Nougat Kini Boleh Merasai Fungsi Google Assistant