Android P.. Apa Pula Selepas Oreo?

Android Oreo telah menemui kebanyakkan pengguna pada akhir tahun lepas dengan beberapa peranti pertengahan sedang dinaik taraf ke Android O. Bermula tahun baru bermakna tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk Android memperkenalkan versi sistem operasi mereka yang terbaru iaitu Android 9 atau Android P.

Android menggunakan nama makanan bagi memudahkan pengguna keseluruhan untuk mengingati versi Android mereka untuk tahun tersebut. Selepas abjad O, P pula akan digunakan dan sudah ada teka-teki mengenai nama apa yang Google akan wakilkan untuk Android 9 mereka.

Beberapa nama seperti Android Popsicle atau Peppermint menari-nari di bibir peminat Android ketika ini. Tidak ketinggalan juga nama-nama kurang popular seperti pie, parfait, praline dan juga panna cotta.

Mungkin ada beberapa bulan lagi sebelum peminat dapat mengetahui nama yang akan digunakan dan sehingga waktu tersebut, pasti beberapa nama popular makanan bakal menjadi calon Android P.

[yop_poll id="3"]