Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Yang Akan Berlaku Jika Kerap Kongsi Maklumat Yang Salah Di Facebook

Ini Yang Akan Berlaku Jika Kerap Kongsi Maklumat Yang Salah Di Facebook

Diterbitkan Mei 27, 2021 · Dikemas kini Mei 27, 2021 oleh Wiser MY

Sebelum ini Facebook umum ciri yang menggalakkan penggunanya membaca terlebih dahulu sesuatu artikel sebelum berkongsikannya kepada pengguna lain.

Terbaru, mereka menyatakan individu yang kerap berkongsi maklumat salah akan diberi amaran dan dihukum.

Melalui ciri amaran baru, pengguna akan mendapat notifikasi apabila mereka berkongsi kandungan yang telah di nilai Fact Checker. Notifikasi tersebut akan memberi pilihan untuk pengguna semak semula dan padam kandungan yang dikongsi.

Ini Yang Akan Berlaku Jika Kerap Kongsi Maklumat Yang Salah Di Facebook

Selain itu, perkongsian dari individu yang kerap menyebar maklumat salah akan diletakkan di kedudukan bawah News Feed supaya kurang dilihat.

Baca juga – Selepas Ini Facebook Akan Paksa Anda Baca Artikel Sebelum Boleh Kongsikannya

Facebook juga akan memberikan lebih informasi mengenai Page yang kerap menyebar maklumat palsu dan pengguna boleh kaji kesahihan pautan yang dikongsi. Ini akan membantu pengguna membuat keputusan sebelum mengikuti sesebuah Page.

Ini Yang Akan Berlaku Jika Kerap Kongsi Maklumat Yang Salah Di Facebook

“Whether it’s false or misleading content about COVID-19 and vaccines, climate change, elections or other topics, we’re making sure fewer people see misinformation on our apps,” kata Facebook dalam sebuah kenyataan blog.

Baca juga – SKMM Kecewa Dengan Facebook, Twitter, Instagram, WhatsApp Dan Telegram

Selain itu, kajian mendapati maklumat palsu yang tersebar dan viral selalunya dikongsi oleh individu yang sama.

Sumber: engadget

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY