Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Play Store Mengeluarkan Aplikasi UC Browser Dari Senarai Mereka

Google Play Store Mengeluarkan Aplikasi UC Browser Dari Senarai Mereka

Diterbitkan November 18, 2017 oleh Wiser MY

Aplikasi UC Browser yang dimiliki oleh Alibaba telah dikeluarkan dari senarai Google Play Store selepas pelayan tersebut telah dituduh memindahkan maklumat pengguna mereka ke pelayan mereka di China.

Google walau bagaimanapun tidak memberikan sebab mengapa aplikasi tersebut dikeluarkan dari Play Store mereka. Satu pengguna Twitter yang mengaku sebagai pekerja dengan UC Browser telah memberikan sedikit komen mengenai perkara tersebut. Dia mengatakan yang aplikasi tersebut dikeluarkan buat sementara waktu.

Dalam satu kenyataan dari UC Browser, mereka menjelaskan insiden tersebut berlaku kerana terdapat beberapa tetapan dalam aplikasi tersebut tidak menepati polisi Google. Pihak mereka telah melakukan penyiasatan dalaman selepas menerima notis tersebut dari Google dan sedang menunggu jawapan dari pihak Google samada isu tersebut sudah selesai.

Aplikasi tersebut bakal ditawarkan kembali dalam Google Play Store pada minggu hadapan jika segala masalah dalam tetapan mereka sudah diatasi. Sementara itu, pengguna boleh mencuba satu lagi produk mereka iaitu UC Browser Mini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY