Android O Membolehkan Wi-Fi Anda Sendiri Terpasang Apabila Mengesan Rangkaian Yang Telah Disimpan

Preview kedua pembangun Android O menampilkan beberapa ciri baru untuk versi terbaru perisa Android tersebut.

Salah satu yang menarik perhatian kami adalah keupayaan Android O untuk menyambung sambungan Wi-Fi anda secara automatik apabila ia mengesan rangkaian yang anda telah simpan di dalam telefon anda.

Mungkin ciri ini nampak tidak ketara untuk kesemua pengguna namun fungsi ini boleh menjimatkan bateri telefon pintar tersebut tanpa ada terlupa menutup sambungan Wi-Fi apabila berada di luar rumah.

Mungkin dua sambungan Wi-Fi yang biasa anda gunakan ialah di pejabat dan di rumah.

Anda tidak lagi perlu memasang atau menutupnya sendiri bagi menjimat penggunaan bateri dan membiarkan Android O membuatnya untuk anda.

Mungkin fungsi ini tidak akan keluar pada versi akhir Android O yang akan dikeluarkan untuk ramai namun setakat ini, mungkin inilah ciri-ciri yang kita mahu lihat pada telefon pintar kita.

Sumber