Acer Tawar Promosi Eksklusif Pada Beberapa Peranti Baharu Mereka

Hari ini Acer Malaysia melancarkan barisan produk kerja, belajar, dan hiburan untuk kegunaan keluarga yang dikemas kini dengan tambahan hadiah percuma.

Antara produk menarik yang ditawarkan adalah siri komputer riba Enduro
Urban N3 dan komputer meja semua dalam satu.

Baca juga - Acer Melancarkan 4 Model Komputer Riba Chromebook Terbaru

Enduro Urban N3




Siri Enduro Urban N3 tampil dengan rekaan lasak bersama perlindungan empat penjuru, standard ketenteraan, dan kadar IP53. Komputer riba paparan bezel nipis IPS FHD berukuran 14-inci ini sesuai untuk kegunaan belajar dan bekerja.

Selain itu, ia dijana cip Intel generasi ke-11, grafik Intel Iris X dengan gandingan RAM 8GB dan storan SSD 512GB.

Harga komputer riba ini berbeza mengikut model dan varian,

  • EUN314-51W-38Y1 (Intel Core i3) (RM2,799)

  • EUN314-51W-59NC (Intel Core i5) (RM2,999)

  • EUN314-51W-72QE (Intel Core i7) (RM3,699)


Komputer Meja All-in-One




Baca juga - Acer Menaik Taraf Komputer Meja 'Gaming' Predator Orion 3000 Dan Nitro 50

Siri komputer meja semua dalam satu Acer Aspire C24-1651 difokuskan untuk kegunaan pelajar atau keluarga. Komputer ini didatangkan dengan paparan boleh sentuh FHD IPS berukuran 23.8-inci.

Dalamannya pula diberi dua pilihan varian iaitu cip Intel generasi ke-11 Intel i5 yang dipasangkan grafik Intel Iris X dan Intel i3 menggunakan grafik Intel UHD.

Seterusnya, komputer ini dimuat memori RAM 8GB (boleh tambah hingga 32GB), storan SSD PCIe 512GB dan juga dimuat pra-pemasangan perisian Microsoft Office Home & Student 2019.

Ciri lain yang ada pada komputer ini adalah Wi-Fi 6 dan Bluetooth 5.1 untuk papan kekunci dan tetikus tanpa wayar, serta pelbagai jenis port I/O.

  • Intel i5 grafik Intel Irsi X + VESA Mount Kit (RM3,599)

  • Intel i3 grafik Intel UHD (RM3,199)


Terdapat juga produk-produk lain dalam promosi yang berlangsung dari 19 hingga 21 Jun ini. Antaranya adalah siri Acer Spin, Acer Swift, Acer Aspire, dan pelbagai jenis monitor gaming.

Layari kedai atas talian Acer di Shopee dan Lazada untuk lihat dan beli senarai penuh produk ditawarkan.

Baca juga - Acer Umum Tiga Lagi Monitor Gaming Predator