Android Nougat Memudahkan Pengguna Menukar Dari iOS ke Android







Sebagai langkah inisiatif untuk pengguna iOS bertukar ke Android, Google telah memperkenalkan beberapa langkah di dalam sistem peranti mereka. Langkah terbaru ini dapat membantu pengguna untuk memindahkan data dari sistem lama ke Android.



Di dalam sistem peranti Android 7.0 Nougat, Google memberi pilihan untuk memindahkan data dari peranti Android yang lain, atau menyimpannya di dalam akaun Google. Kini pengguna di beri pilihan untuk memindahkan data dari iOS ke Android.



Untuk pengguna iOS, ikuti langkah seperti di bawah;




ADVERTISEMENT


1. Buka Safari

2. Pergi ke laman web android.com/switch

3.Ikuti arahan yang di beri.



Apabila anda pergi ke laman web Android Switch, anda akan di beri arahan tentang bagaimana untuk menghasilkan backup untuk gambar, email, no telefon dan aplikasi dengan menggunakan beberapa tawaran dari laman web tersebut.