Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2019-06-29 at 6.44.06 PM

Donald Trump Menarik Semula Sekatan Terhadap Huawei – Kerjasama Diteruskan

Diterbitkan Jun 29, 2019 · Dikemas kini Jun 29, 2019 oleh Haikel Areff

Umum mengetahui berita tentang sekatan perniagaan antara syarikat AS dan China pada bulan Mei yang lalu.Huawei terutamanya menjadi sasaran utama Donald Trump dalam sekatan tersebut.

AS menunding jari ke atas Huawei mengatakan syarikat gergasi dari China itu menjadi pengintip rahsia kerajaan China. Harini Donald Trump menarik semula sekatan terhadap Huawei dalam satu persidangan di Osaka, Jepun. Beliau memberitahu, keputusan itu dibuat selepas perjumpaan ‘damai’ bersama President China, Xi Jinping.

“Sekarang ramai sudah sedar betapa banyaknya produk AS yang dijual kepada Huawei, menjadi penyumbang besar kepada pembangunan produk mereka”

“Kami akan terus menjual produk-produk tersebut kepada mereka” Kata Donal Trump. Beliau turut memberitahu teknologi yang dibina oleh AS adalah harta intelek yang tidak boleh dicuri oleh sesiapa dan menekankan betapa pentingnya teknologi AS kepada negara China.

“Saya membenarkan produk dari AS diteruskan penjualannya ke syarikat China” Ujarnya lagi.

U-turn yang diambil oleh AS ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Google antaranya menjadi syarikat yang lantang bersuara tentang isu penarikan lesen Android kepada Huawei. Google mengatakan jika Huawei membina sistem operasi mereka sendiri, ia akan lebih mengancam dan membahayakan sekuriti negara.

Dengan berita ini, bermakna semua peranti Huawei dan Honor berlandaskan sistem operasi Android diteruskan penggunaan dan pembinaannya seperti biasa.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY