Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Android Blacklist – Senarai Aplikasi Android Yang Berpotensi Ganggu Privasi Pengguna

Android Blacklist – Senarai Aplikasi Android Yang Berpotensi Ganggu Privasi Pengguna

Diterbitkan Ogos 9, 2017 · Dikemas kini Ogos 9, 2017 oleh Helmi Samsuri

Buat pengetahuan anda semua, setakat Jun 2017 Google PlayStore mempunyai 3 juta aplikasi yang ditawarkan dan dalam jumlah itu pasti terdapat beberapa aplikasi yang dibangunkan dengan niat untuk mencuri data peribadi atau melanggar privasi anda.

Henrique Pegacha, seorang pengaturcara telah berjaya menghasilkan sebuahlaman web dikenali sebagai Android Blacklist.

Laman tersebut dibangunkan dengan tujuan mendedahkan senarai aplikasi di Google PlayStore yang berpotensi digunakan sebagai medium exploitatif dan mengganggu privasi pengguna Android.

Idea utama beliau buat masa sekarang adalah membina direktori mengandungi aplikasi terkenal yang diragui keberkesanannya.

“Kita semua tahu PlayStore bagaikan gedung dalam talian yang besar dan banyak aplikasi teruk didalamnya, tetapi ia tidak mempunyai ruangan yang menyenaraikan aplikasi teruk tersebut. Disebabkan itu saya fikir untuk mencipta laman web yang menyenaraikan aplikasi-aplikasi buruk itu.” jelas Pegacha.

Antara aplikasi terkenal yang tersenarai adalah…

  • ES File Explorer
  • QuickPic
  • UC Browser
  • Skype
  • True Caller

Anda boleh pergi ke spreadsheet ini untuk lihat senarai aplikasi yang belum ditambah ke dalam katalog di laman web Android Blacklist.

Klik Android Blacklist untuk senarai aplikasi yang lain dan keterangan mengapa ia disenarai hitamkan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY