Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Android 14, Pengguna Boleh Buang aplikasi ‘Bloatware’ Tidak Lama Lagi

Android 14, Pengguna Boleh Buang aplikasi ‘Bloatware’ Tidak Lama Lagi

Diterbitkan Februari 10, 2023 · Dikemas kini Februari 10, 2023 oleh Firdaus

Android 14 bakal dilancarkan tidak lama lagi dan kita tahu ramai pengguna Android tidak menyukai bloatware dalam peranti mereka.

Menariknya, Google sedang membangunkan ciri yang membolehkan pengguna membuang aplikasi bloatware yang dipasangkan pembangun sesebuah telefon.

Bagaimana Untuk Membuang Aplikasi Bloatware

Berdasarkan XDA, Android 14 mempunyai menu “apps installed in the background” yang tersembunyi secara lalai. Pengguna perlu memasuki mod developer untuk mengakseskan menu tetapan tersebut seperti di bawah:

Android 14, Pengguna Boleh Buang aplikasi ‘Bloatware’ Tidak Lama Lagi

Menu tetapan itu akan menyenaraikan aplikasi bloatware yang tidak diperlukan oleh peranti untuk berfungsi secara normal. Oleh itu, tidak menjadi masalah untuk pengguna membuang aplikasi tersebut.

Ciri-Ciri Lain Yang Dibawakan Android 14

Selain di atas, Android 14 juga membolehkan pengguna untuk klonkan sesebuah aplikasi itu. Oleh itu, pengguna boleh log masuk 2 akaun yang berbeza dalam peranti yang sama.

Android 14, Pengguna Boleh Buang aplikasi ‘Bloatware’ Tidak Lama Lagi

Tidak lupa juga Android 14 telah menambaik ketersambungan dwi SIM dalam sesebuah peranti.

Sebagai contoh, sekiranya liputan SIM pertama itu tidak kuat di suatu kawasan itu, peranti pengguna akan beralih secara automatik ke liputan SIM yang kedua.

Android 14, Pengguna Boleh Buang aplikasi ‘Bloatware’ Tidak Lama Lagi

Secara ringkas, peranti anda akan memilih jaringan yang mempunyai ketersambungan dan liputan yang terbaik secara automatik di mana-mana sahaja anda berada.

Berkaitan

  • Android 14 - Mungkin Akan Perkenalkan Ciri Komunikasi Satelit
  • Sambar 3 Model iPhone Ini Dengan Diskaun RM240 Eksklusif Dari Digi
  • Android 14 Bolehkan Peranti Klon Aplikasi Dan Log Masuk Dua Akaun Serentak
  • realme GT Neo5 Dilancar, Pertama Di Dunia Dengan Kelajuan Cas 240W
  • Unifi Mobile Keluarkan Pakej Bulanan Baharu, RM25 Untuk 30GB Sekali 'Hotspot'

Sumber: XDA Developer

Gambar utama: Fone.com

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
©2026 WISER.MY