Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Android 14_9to5Google

Android 14 Bolehkan Peranti Klon Aplikasi Dan Log Masuk Dua Akaun Serentak

Diterbitkan Februari 9, 2023 oleh Amalina Athman

Pada masa ini, kebanyakan peranti Android atau aplikasi pihak ketiga sudah sedia menawarkan ciri pengklonan aplikasi. Walaupun nama dan ciri yang digunakan mungkin sedikit berbeza, asasnya tetap sama, di mana pengguna boleh mengakses dua aplikasi yang sama dengan setiap satunya mempunyai akaun yang berasingan secara serentak.

Terbaharu, Google kini dilapor dalam usaha untuk membangunkan ciri dengan fungsi serupa ke dalam Android 14.

Berkaitan

  • Android 14 - Mungkin Akan Perkenalkan Ciri Komunikasi Satelit

Menurut laporan XDA-Developers, Google sedang menguji ciri “cloned apps” yang membolehkan pengguna menghasilkan aplikasi kedua dan log masuk setiap satunya menggunakan dua akaun yang berbeza.

clone android 14_XDA

Seperti tangkap layar yang disediakan, ciri ini berkemungkinan akan tersedia kepada pengguna melalui tetapan aplikasi di Settings > Apps > Cloned Apps.

Bagaimanapun, memandangkan ciri berkenaan masih dalam pembangunan, fungsinya masih terhad. Antaranya termasuk sistem ini tidak membezakan kedua-dua aplikasi dengan secukupnya, yang mungkin membolehkan pengguna tersilap membuka akaun yang salah.

Secara asasnya, ciri ini hanya diperlihatkan dalam fasa developer preview, yang mungkin boleh ditambahbaik atau dibatalkan.

Walau bagaimanapun, mengambil kira pembangunan ciri ini telah wujud sejak Android 12 dan Google kini sedang memperhalusinya, tidak mustahil jika ia akan dilancarkan dalam Android 14 untuk versi stabil kelak.

Sumber: Android Authority

Gambar utama: 9to5Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY