Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anda Mungkin Hanya Memerlukan iPhone Sebagai Pengganti Pasport Dan Lesen Memandu Pada Masa Hadapan

Anda Mungkin Hanya Memerlukan iPhone Sebagai Pengganti Pasport Dan Lesen Memandu Pada Masa Hadapan

Diterbitkan Julai 3, 2020 oleh Amalina Athman

Matlamat Apple pada masa hadapan adalah untuk menjadikan iPhone satu-satunya barangan yang perlu dibawa untuk menggantikan pasport, lesen memandu dan sebagainya.

Anda Mungkin Hanya Memerlukan iPhone Sebagai Pengganti Pasport Dan Lesen Memandu Pada Masa Hadapan

Melalui beberapa siri permohonan paten dengan tajuk “Providing Verified Claims of User Identity”, ID pengguna dapat direkodkan atau dikirimkan. Dalam erti kata lain, paten tersebut memperincikan sistem yang dapat menyimpan maklumat pengenalan diri dalam peranti. Ia menyatakan,

“The verified claim being signed by a server based on verification of the information by an identity verification provider separate from the server, the verified claim is specific to the device.”

Turut dinyatakan dalam paten tersebut adalah penggunaan pelayan untuk pengesahan identiti. Oleh itu, peranti seperti iPhone mungkin dapat menghantar ID pengguna dengan selamat. ID tersebut juga boleh disahkan melalui pelayan atau sensor biometrik peranti.

pasport guna iphone

Ini bermakna, keseluruhan sistem mempunyai pelbagai cara untuk mengesahkan identiti diri. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sejauh mana sistem keselamatan ini berfungsi untuk melindungi data peribadi apabila ia digunakan kelak.

Terdahulu, Apple juga telah mengumumkan ciri baru Car Key yang membolehkan kereta dinyahkunci dengan hanya menggunakan iPhone tanpa memerlukan kunci fizikal.

Sumber: GizmoChina

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY