Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anda Kini boleh Mengakses 140 Ribu Kandungan Visual Angkasa Lepas NASA

Anda Kini boleh Mengakses 140 Ribu Kandungan Visual Angkasa Lepas NASA

Diterbitkan Jun 13, 2019 oleh ariff bukhari

Akses adalah percuma.

Berita baik untuk para peminat angkasa lepas. National Aeronautics and Space Administration atau singkatannya NASA telah mewujudkan satu portal perpustakaan yang mengandungi sebanyak 140,000 kandungan visual.

Kandungan dalam perpustakaan itu adalah terdiri daripada pelbagai bentuk fail visual termasuklah foto, video dan klip audio. Semua itu kini boleh diakses oleh orang awam secara percuma dan juga boleh dimuat turun fail-fail tersebut.

Kandungan visual dan klip audio dari NASA itu terdiri daripada gambar-gamabr planet, bulan, nebula dan misi-misi angkasa lepas yang dijalankan NASA. Pengguna juga boleh membuat carian khusus bagi membolehkan mereka lebih mudah mencari kandungan yang dikehendaki.

Anda Kini boleh Mengakses 140 Ribu Kandungan Visual Angkasa Lepas NASA
Imej bintang mati pada tahun 2006 ini dirakam dari 3 buah pusat observasi NASA iaitu Chandra X-ray Telescope, Hubble Space Telescope dan Spitzer Space Telescope. Kandungan visual dan klip audio di dalam perpustakaan ini adalah simpanan berharga yang diambil NASA sejak 1920 sehinggalah kini.

Setiap kandungan visual dan audio turut disertakan bersama perincian fail. Sebagai contoh nama misi, peralatan yang digunakan bagi merakam imej, tarikh dan juga penerangan ringkas tentang imej tersebut.

Tidak setakat itu, anda juga boleh mengakses data EXIF bagi gambar-gambar tersebut bagi mendapatkan info lebih terperinci bagi setiap imej-imej yang diambil NASA itu.

Malah anda turut boleh memuat turun gambar-gambar angkasa lepas menakjubkan yang diambil NASA ini untuk dijadikan wallpaper skrin komputer anda.

Anda Kini boleh Mengakses 140 Ribu Kandungan Visual Angkasa Lepas NASA
Antara imej terbaru yang diambil oleh NASA pada 11 Jun lalu. Penerangan – The International Space Station was flying into an orbital sunset 259 miles above the Pacific Ocean passing 600 miles off the coast of the Mexican state of Michoacan.

Bagi melihat lebih banyak imej-imej angkasa lepas NASA, bolehlah layari laman muka NASA. gov.

Sumber: Colossal

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY