Lokasi yang dimaksudkan adalah Lebuhraya Kemuning Shah-Alam (LKSA) dan juga terowong SMART.
Mungkin pada awalnya ramai yang merungut tentang kekurangan aplikasi tersebut, tetapi pihak Touch N' Go telah melakukan penambahbaikan seperti pengenalan ciri TNG Card. Melaluinya, pengguna boleh...
- menambah nilai kad fizikal dengan lebih mudah tanpa perlu beratur lagi,
- jika baki kad fizikal tidak mencukupi, baki dari e-dompet akan ditolak,
- Lihat baki dan transaksi sehingga 90 hari.
Oleh kerana ia masih lagi dalam kategori projek rintis, penawaran hanya dibuat ditiga lokasi diatas tetapi bakal diluaskan lagi ke lokasi lain sekitar Lembah Klang sepanjang tahun ini.
Berkongsi informasi pada acara bertemu media semalam, CEO TNG Digital, Syahrunizam Samsudin menyatakan sejumlah 23 lebuhraya meliputi 167 laluan telah dilengkapi dengan ciri RFID.
Ia juga sudah melibatkan lebih dari 100,000 pengguna TNG RFID serta 32 pusat pemasangan ciri tersebut.
Selain itu, beliau juga berkongsi perancangan TNG Digital pada hadapan kearah perkhidmatan Multi-Lane Free Flow. Ia tidak menggunakan plaza tol dan mampu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas ketika pembayaran.
Muat turun e-dompet Touch N' Go dari Google PlayStore dan App Store
Berkaitan
- Google Senaraikan Aplikasi Serta Permainan Terbaik Setakat Suku Ketiga 2018
- Ciri Tukar Nama Profil PSN Bakal Hadir Tidak Lama Lagi
- Uber Perkenal Fungsi Lokasi Baru
- Perisian Cetak Rompak Didakwa Penyebab Lebih 1.2 TB Data Dicuri
- Berita Sedih Untuk Pengguna Aplikasi Pelayar Chrome
- Sebelum Diambil Alih Oleh Facebook, Whatsapp Hampir Dibeli Syarikat Dari China
- Elon Musk - "Peperangan Udara Milik Dron, F-35 Tiada Peluang Menentangnya"
- Imej Perlihatkan Kapasiti Bateri Huawei Mate 30 Dan Mate 30 Pro
- Rebut Peluang Keemasan Memenangi ZenFone 4 Selfie Pro, Ditandatangani Khas Oleh Gong Yoo
- TNB Mungkin Akan Ada Pesaing Sebagai Pembekal Elektrik Di Semenanjung