Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Analogue 3D

Analogue 3D Tersedia Untuk Prapesan, Bawa Permainan Nintendo 64 Ke Resolusi 4K

Diterbitkan Oktober 22, 2024 oleh Rushsyafizal

Analogue sudah pun mengumumkan konsol terbaharu, Analogue 3D yang direka untuk memainkan permainan Nintendo 64 (N64) dalam resolusi 4K. Konsol tersebut kini tersedia untuk prapesan dengan harga USD249.99 (~RM1,076) dan akan dilancarkan pada suku pertama 2025.

Satu daripada tarikan terbesar Analogue 3D ialah keupayaannya untuk memainkan semua katrij asal N64 dalam resolusi 4K melalui sambungan HDMI. Konsol ini menggunakan 4K upscaler yang direka khas untuk memberikan pengalaman permainan N64 yang lancar dan tepat tanpa sebarang masalah atau lag. Bagi mereka yang mahukan nostalgia sepenuhnya, terdapat mod paparan asli yang meniru paparan CRT.

katrij N64

Analogue 3D juga menyokong pengawal Nintendo 64 asal serta menyediakan 4 port untuk pemain. Walaupun konsol ini tidak menyokong ciri openFPGA, ia dilengkapi dengan 3DOS, OS yang menyokong ciri seperti save states, tangkap layar, dan banyak lagi. Untuk aksesori, pengawal 8BitDo akan dijual berasingan pada harga USD 39.99 (~RM172).

Analogue 3D hitam
Analogue 3D putih

Spesifikasi Utama Analogue 3D:

  • 4K HDMI output dengan sokongan NTSC dan PAL
  • Sokongan kadar segar semula yang boleh ubah
  • Bluetooth dan WiFi
  • Slot kad SD dengan kad 16GB disertakan
  • Berat 837g

Analogue 3D menjanjikan pengalaman baharu untuk yang setia kepada permainan klasik dengan koleksi yang ditawarkan konsol Nintendo N64 dalam kualiti yang jauh lebih baik.

Berkaitan

  • Kuwait Sekat Call of Duty: Black Ops 6, Activision Batalkan Semua Prapesanan Dengan Tawar Bayaran Balik
  • Marvel’s Spider-Man 2 Akan Hadir Di PC Pada Januari 2025
  • Fon Kepala Alienware Ini Dibangunkan Dengan Kerjasama Lebih 100 Atlet E-Sukan
  • Projek ECRL Ke Kelantan Hampir Siap, Singkatkan Perjalanan Dari Gombak Ke KB Kepada 4 Jam

Sumber: analogue

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY