Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Amerika Syarikat Perketat Halangan Untuk Huawei Terima Akses Teknologi Dan Cip Pemproses

Amerika Syarikat Perketat Halangan Untuk Huawei Terima Akses Teknologi Dan Cip Pemproses

Diterbitkan Ogos 18, 2020 oleh Amalina Athman

Kerajaan Amerika Syarikat kini mengumumkan perancangannya untuk memperketatkan lagi sekatan ke atas gergasi teknologi China, Huawei. Langkah ini adalah untuk menghalang Huawei dari mendapatkan akses cip pemproses yang tersedia di negara itu.

Menurut Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat, peraturan baru diwujudkan dimana penggunaan perisian Amerika atau memalsukan teknologi adalah disekat dan memerlukan lesen. Ia seterusnya dapat menghalang Huawei dari membeli cip menggunakan pihak ketiga sebagaimana yang dilakukannya pada masa ini.

Amerika Syarikat Huawei

Walaupun Huawei telah menafikan dakwaan ia menjadi pengintip untuk kerajaan China, Amerika Syarikat nampaknya masih tidak mengendahkannya. Malah, dengan peraturan baru ini, Huawei dilihat semakin sukar untuk meneruskan operasinya.

Terdahulu, lesen sementara yang membolehkan syarikat itu meneruskan urusniaga telah tamat pada 13 Ogos 2020. Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat turut mengesahkan lesen sementara tersebut tidak akan dilanjutkan.

Permohonan lesen untuk transaksi yang dibenarkan perlu dilakukan dan jabatan itu mengatakan ia membenarkan lesen umum sementara yang berakhir itu menyokong “peranti elektronik pengguna peribadi” sedia ada.

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY