Amerika Syarikat Kini Mempunyai Sumber Pencemaran Baru

Untuk pertama kali dalam masa 40 tahun, loji kuasa bukan lagi penyumbang terbesar pencemaran gas hijau untuk Amerika Syarikat. Sumber pencemaran tersebut kini beralih ke sektor pengangkutan.

Sektor pengangkutan itu menampakkan peningkatan dari sebelum ini dan telah memintas pencemaran dari penghasilan elektrik pada tahun 2016. Ini terjadi kerana penghasilan elektrik yang sebelum ini menggunakan arang batu telah digantikan dengan sumber yang lebih bersih seperti gas semulajadi, kincir angin dan solar.



Sektor pengangkutan juga sedang mengalami evolusi yang penting dengan teknologi kenderaan elektrik yang semakin maju. Dengan harga bateri global yang sedang jatuh dalam 8% setahun, memungkinkan kenderaan berkuasa elektrik bakal mendapat tempat dalam sektor pengangkutan Amerika Syarikat.



Syarikat teknologi sepeti Tesla yang menghasilkan kenderaan elektrik dengan harga mampu milik dan infrastruktur yang sedang dibangunkan di serata negara, membantu peningkatan pembelian kenderaan elektrik berbanding kenderaan menggunakan enjin pembakaran dalaman.

Sumber

Berkaitan