Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Wikileaks Memberi Tempoh Masa 90 Hari Untuk Syarikat Teknologi Membaik Pulih Kelemahan

Wikileaks Memberi Tempoh Masa 90 Hari Untuk Syarikat Teknologi Membaik Pulih Kelemahan

Diterbitkan Mac 22, 2017 oleh Wiser MY

Mungkin anda mendengarnya tidak lama dahulu, Wikileaks telah mengeluarkan dokumen yang mendedahkan CIA menyimpan senarai untuk mengeksploitasi beberapa sistem operasi yang boleh digunakan jika keadaan mendesak. Wikileaks kemudian telah mengumumkan akan membantu syarikat-syarikat teknologi itu menangani kelemahan tersebut tetapi dengan harga yang perlu dibayar.

Mengikut laporan dari Motherboard, Wikileaks telah menghantar e-mel kepada syarikat-syarikat terbabit seperti Google, Apple, dan Microsoft di mana organisasi tersebut meletakkan syarat dan mereka akan membantu jika syarat itu dipenuhi.

Masih tidak dipastikan apa syarat yang diletak namun satu syarat mungkin melibatkan syarikat itu melihat masalah itu dan membaiki kelemahan yang sedia ada dalam masa 90 hari. Selepas tempoh itu, masalah itu akan didedahkan kepada khalayak ramai dan akan menyebabkan syarikat teknologi tersebut dalam keadaan panik dalam membaiki kelemahan mereka sebelum penggodam dapat memanfaatkan kelemahan ini.

Sebelum ini, Apple dan Google telah mengenalpasti hampir kesemua kelonggaran yang wujud dan selebihnya dalam proses baik pulih. Pihak Google dan Android tidak mahu memberikan komen terhadap permintaan ini namun Microsoft telah mengesahkan perkara ini dengan Motherboard yang Wikileaks telah menghubungi mereka dan tidak memberitahu lebih daripada itu.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY