Presiden Uber Meletakkan Jawatan Kerana Merasakan Syarikat Tidak Konsisten Dengan Nilai-Nilai Beliau

Presiden Uber, Jeff Jones telah keluar dari syarikat pengangkutan itu selepas memegang jawatan selama 6 bulan. Beliau mengatakan yang syarikat tidak sesuai dengan nilai-nilai yang beliau pegang selama ini.

Pemergian Jones merupakan satu tamparan kepada syarikat beribu pejabat di San Francisco itu selepas pendedahan syarikat itu menggunakan program rahsia untuk elak dari penguatkuasaan undang-undang, pertuduhan melibatkan diskriminasi di tempat kerja dan perletakan jawatan oleh eksekuti-eksekutif besar.

Beliau memberithau blog Recode, yang melaporkan perletakan jawatan itu: "Kepercayaan dan cara saya memimpin selama ini di dalam karier saya tidak konsisten dengan apa yang saya nampak dan rasai di Uber, dan saya rasa saya tidak lagi mampu meneruskan tugas sebagai presiden di syarikat itu."

Uber memberi respon dengan berterima kasih kepada Jones selama beliau 6 bulan berada di syarikat itu dan mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau.

Jones keluar selepas beberapa hari Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Uber, Travis Kalanick mengatakan syarikat itu akan melantik Ketua Pegawai Operasi (COO) untuk membantu mereka bergerak ke hadapan. Jones menyertai Uber pada bulan september dari syarikat peruncitan US, Target dimana beliau menyandang jawatan Ketua Pegawai Pemasaran.

Beliau merupakan salah seorang pegawai kanan yang telah meninggalkan Uber selepas naib presiden pemetaan dan platform bisnes Uber, Brian McClendon juga berhasrat meninggalkan syarikat pada hujung bulan bagi menyertai bidang politik.

Pada bulan lepas, ketua eksekutif kejuruteraan, Amitt Singhal keluar selepas 5 minggu pengumuman perlantikan jawatan. Dia dituduh gagal memerikan bukti berkenaan pertuduhan gangguan seksual sebelum ini di Google.

Syarikat itu sendiri dituduh menyebabkan gangguan seksual dan diskriminasi jantina oleh bekas pekerja, Susan Fowler. Selepas pendedahan dibuat di blog Fowler, Uber melancarkan siasatan diketuai bekas Peguam Negara, Eric Holder dan ahli lembaga, Arianna Huffington.

New York Times melaporkan Uber menggunakan sebuah 'tool' dipanggil Greyball bagi memperdayakan pegawai badan penguatkuasa di bandar-bandar yang meyediakan servis Uber yang salah di sisi undang-undang. Uber bagaimanapun mempertahankan penggunaan program tersebut.

Syarikat itu juga menghadapi saman di mahkamah. Waymo, bekas syarikat Google telah meyaman Uber di mahkamah persekutuan atas sebab pengkhianatan dan 'high tech espionage'. Uber menafikan dakwaan tersebut dengan mengatakan dakwaan itu tidak berasas dan satu cara untuk menyerang pesaing.

Sumber