Terdapat dua pertandingan dalam acara ini iaitu AMD Streamer Challenge: Triple Threat dan AMD Streamer Challenge: Domination. Ia akan melibatkan streamer dari Korea Selatan, Jepun, Singapura, Malaysia, Filipina, Indonesia dan Thailand.
Mereka akan bersaing antara satu sama lain dalam pelbagai format dan judul permainan dalam beberapa episod untuk merebut hadiah keseluruhan bernilai lebih dari USD 20,000.
Menariknya, peminat berpeluang untuk turut serta dengan streamer daripada negara mereka dalam pertandingan ini. Permainan yang akan dimainkan adalah permainan yang terkenal buat masa kini iaitu Fall Guys dan Valorant.
Peluang lain bagi penonton untuk turut serta dalam acara ini adalah dengan mendaftar untuk bermain dengan atau menentang Fnatic yang ditaja oleh AMD dalam permainan Dota 2.
Acer, HP dan AMD akan menyediakan kelengkapan bermain untuk streamer, selain menaja hadiah untuk penonton. Sementara itu, EPOS dan Secretlab masing-masing akan menjadi penaja headset dan kerusi gaming.
Kesebelas episod akan disiarkan dalam talian dari September hingga Disember 2020. Ia akan disiarkan melalui saluran rasmi Twitch AMD dan laman web AMD Streamer Challenge dan terdapat dalam Bahasa Inggeris, Thailand dan Bahasa Indonesia.
Berkaitan
- AMD Sumbang Dana Untuk Bantu Penyelidik Memerangi COVID-19
- Dapatkan Diskaun 37% Produk Acer Predator Sempena Pertandingan Valorant
- Pra-Tempah Logitech G Pro X Superlight Berharga RM649 - Percuma Valorant Mousepad dan Mouse Pouch
- AMD Umum Instinct MI100 - GPU HPC Terpantas Di Dunia
- AMD Dikatakan Sedang Bangunkan Ryzen 9 5900, Ryzen 7 5800, 5700G Dan 5600G
- AMD Siri Ryzen 5000 Kini Rasmi Dengan Harga Bermula RM1,349
- AMD Akan Lancar Kad Grafik Radeon Siri RX 6000 Tengah Malam Ini
- Google Dilapor Akan Guna GPU AMD Pada Cip Mereka
- AMD Perkenal RX 6700 XT, Pesaing NVIDIA RTX 3060 Ti
- HONOR MagicBook 14 AMD Ryzen 5000 Mula Dijual 1 Oktober Ini