Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

HONOR MagicBook 14 AMD Ryzen 5000 Mula Dijual 1 Oktober Ini

Posted on September 24, 2021

HONOR hari ini mengumumkan tarikh ketersediaan komputer riba MagicBook 14 yang dikuasakan cip pemproses siri AMD Ryzen 5000 bersama grafik AMD Radeon, iaitu pada 1 Oktober 2021.

Komputer riba ini tampil dengan rekaan daripada aluminium, nipis dan ringan. Selain itu, ia ditawarkan dengan dua pilihan warna – Space Grey dan Mystic Silver.

Paparannya seluas 14 inci IPS FullView dengan 100% sRGB yang juga diiktiraf pensijilan cahaya rendah dan bebas berkelip TÜV Rheiland. Baterinya pula adalah berkapasiti 56Wh dan menyokong pengecasan pantas 65W dengan menggunakan USB-C.

Harga jualan adalah RM2699 untuk 8GB RAM dan 256GB storan SSD. Sementara RM2999 untuk 8GB RAM dan 512GB SSD. Pelanggan yang membelinya turut menerima hadiah percuma beg galas HONOR (8+256GB) dan tetikus wayarles (8+512GB). Bagi yang berminat, ia boleh didapati di HONOR Store, Lazada, Shopee atau kedai rasmi Senheng serta pengedar sah HONOR.

Sumber: Siaran Akhbar HONOR

Baca juga:

  • Huawei Nova 9 Dilancarkan, Dikuasakan Cip Snapdragon 778G
  • Amerika Syarikat Mungkin Akan Lakukan Sekatan Terhadap HONOR Juga
  • TM One Kini Penyedia Perkhidmatan Awan Bagi Pelanggan HONOR Di 3 Benua

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress