AMD memberikan sumbangan dalam sistem pengkomputeran canggih atau akses ke data berasaskan awan Penguin-On-Demand (POD) yang dikuasakan oleh pemproses AMD EPYCTM Gen 2 dan AMD Radeon Instinct.
Program penyelidikan yang menerima sumbangan AMD ini adalah University of Texas, University of Toronto, Stanford, UCLA dan 14 institusi lain di Amerika Syarikat, Eropah dan juga India.
Sebelum ini, AMD telah memberikan sumbangan kepada NYU, MIT dan Rice University dan 12 petaflops dari jumlah kuasa superkomputer dari Dana HPC AMD COVID-19 akan berada di antara superkomputer terpantas di dunia berdasarkan senarai Top500 terbaru.
Penyelidikan yang berkaitan dengan pandemik akan diberi tumpuan terutamanya kepada genomik, pengembangan vaksin, sains penghantaran dan pemodelan.
Projek-projek tersebut akan terdiri dari pemodelan evolusi virus dan memahami pengaktifan protein lonjakan virus yang terjadi sebelum interaksi pertama antara coronavirus dan sel manusia hingga simulasi dinamik cecair skala besar dari titisan COVID-19 ketika virus tersebut melalui udara.
Berkaitan
- Gigabyte Lancarkan Kemaskini BIOS Terbaharu Untuk Papan Induk AMD Siri 500
- AMD Perkenal RX 6700 XT, Pesaing NVIDIA RTX 3060 Ti
- Pengguna Cip AMD Ryzen Perlu Tangguh Dahulu Untuk Naik Taraf Windows 11
- Siri AMD Ryzen 5000 Boleh Mula Dibeli Hari Ini, Harga Bermula RM1349
- Google Dilapor Akan Guna GPU AMD Pada Cip Mereka
- iPhone 12 Pro Max Tewas, Ini Skor Grafik Cip Exynos Dengan GPU AMD
- AMD Siri Ryzen 5000 Kini Rasmi Dengan Harga Bermula RM1,349
- Gigabyte Melancarkan Kad Grafik Siri AMD Radeon RX 6600 XT
- AMD Umum Dua Cip Ryzen 5000 Siri-G Untuk "Desktop"
- AMD Umum Instinct MI100 - GPU HPC Terpantas Di Dunia