Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AMD Umum Instinct MI100 – GPU HPC Terpantas Di Dunia

AMD Umum Instinct MI100 – GPU HPC Terpantas Di Dunia

Diterbitkan November 17, 2020 oleh Amsyar Latif

AMD semakin hari semakin berani dalam mencabar pesaingnya dalam teknologi. Tidak cukup barisan CPU yang membuatkan Intel Comet Lake-S ‘diam’, AMD juga mencabar NVIDIA dalam pasaran kad grafik.

AMD Umum Instinct MI100 – GPU HPC Terpantas Di Dunia

Daya saing yang dilakukan AMD tidak terhenti disitu apabila mereka mengumumkan Instinct MI100 buat pasaran pengkomputeran berprestasi tinggi (HPC).

Seperti barisan GPU siri Radeon RX 6000, AMD mendakwa MI100 adalah GPU HPC yang terpantas di dunia buat masa kini. Syarikat ini turut akan bersaing dengan NVIDIA yang berasaskan Ampere A100.

AMD Umum Instinct MI100 – GPU HPC Terpantas Di Dunia

MI100 menggunakan seni bina generasi pertama CDNA yang menawarkan prestasi FP64 dan FP32 yang tiada tandingan untuk beban kerja HPC.

Hadir dengan 11.5 TeraFlops (berbanding 9.7 untuk A100) dan 23.1 TeraFlops (berbanding 19.5 pada A100).

AMD Umum Instinct MI100 – GPU HPC Terpantas Di Dunia

Ia mampu memberikan prestasi sebegini kerana didalamnya terbina 120 unit komputasi (7680 pemproses aliran) dimana 40 lebih banyak daripada yang terdapat dalam RX 6900 XT.

GPU ini mengguna seni bina pemproses 7nm FinFET, mempunyai 1502MHz engine clock pada prestasi kemuncak serta dilengkapi memori 32GB HBM2 EEC.

HBM2 guna antara muka memori 4096-bit dan 1.2GHz yang menawarkan lebar jalur sehingga 1,228.8GB/saat.

AMD Umum Instinct MI100 – GPU HPC Terpantas Di Dunia
Spesifikasi MI100

Sudah pasti GPU ini berasaskan PCIe 4.0, mempunyai reka bentuk 2 slot dan input kuasa 8-pin. Walaupun kuasa yang digunakan sebanyak 300W, kad grafik ini hadir dengan penyejukan pasif.

AMD Umum Instinct MI100 – GPU HPC Terpantas Di Dunia

Dengan pengumuman ini, AMD sudah mempunyai pelanggan yang bersedia untuk memilikinya seperti Dell, Hewlett-Packard Enterprice, Supermicro dan Gigabyte.

MI100 akan mula tersedia buat pasaran pada penghujung tahun 2020. Walau bagaimanapun, kad grafik ini dicipta khas buat penyelidik atau pembangun dalam kerja-kerja berat dan bagi gamers, anda bukan kumpulan sasaran AMD.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
  • Foxconn Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
  • Cara Batalkan Sijil MyDigital ID
  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
  • Kerjasama AI Muse Diperluas, NVIDIA Bakal Labur AS$3 Bilion Dalam Meta
  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
©2026 WISER.MY